Empat minggu. Itulah tempoh lamanya kaum adam tidak dapat menggunting rambut seperti biasa di kedai-kedai gunting rambut kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu dan berlanjutan sehingga 28 April ini.

rambut-panjang
Mungkin inilah gambaran rambut jejaka-jejaka di negara kita ketika ini

Dalam Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan pada Jumaat, 10 April, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan beberapa kementerian telah berbincang untuk membenarkan beberapa sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP.

Berita baik buat kaum lelaki, kedai gunting rambut juga turut dibenarkan teruskan operasi mereka.

Pada peringkat awal PKP, hanya sektor ‘penting’ negara sahaja yang dibenarkan beroperasi sebelum 4 lagi jenis perniagaan seperti kedai menjual makanan haiwan, kedai hardware, dan kedai menjual baja diberi kebenaran untuk dibuka 2 kali seminggu.

Kini, beberapa sektor ekonomi juga akan tersenarai sebagai jenis perniagaan yang dibenarkan beroperasi sehingga PKP tamat pada 28 April ini. Siaran media mengenai sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di kongsikan melalui twitter Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebentar tadi.

Senarai Sektor Pengilangan & Perkhidmatan Yang Dibenarkan Operasi Sewaktu PKP:

  1. Industri Aeroangkasa.
  2. Industri Automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).
  3. Industri Mesin dan Peralatan.
  4. Projek-projek pembinaan, termasuk industri simen, besi dan keluli.
  5. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D).
  6. Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners).
  7. Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.
  8. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).
  9. Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri).

Syarikat-syarikat yang tersenarai dalam sektor-sektor tambahan perlu membuat permohonan beroperasi kepada MITI bermula hari Isnin, 13 April 2020, dari jam 9.00 pagi. Semua permohonan perlu dilakukan secara online di laman web MITI, www.miti.org.my. Kelulusan terletak sepenuhnya kepada pihak kementerian.

Baca juga artikel-artikel kami lain yang berkaitan:

Sumber: