Anak Yatim Dan Asnaf RPWP Korban Tidur Jahit 52km Kain Untuk KKM

Anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) sanggup berkorban rehat dan tidur semata-mata untuk membantu menjahit sut personal protective equipment (PPE) daripada kain sepanjang 52km.

Pengasas bersama RPWP, Saiful Nang memberitahu kain non-woven sepanjang 52km ini akan dijahit menjadi sut PPE oleh penghuni RPWP sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

“Walaupun kain belum habis dipotong, senarai penerima dah penuh dari Johor, Perak, Sabah dan Sarawak. Malah masih banyak yang memerlukannya lagi.

“[Hospital] Sungai Buloh sahaja memerlukan 7,000 sut PPE sehari. Anak-anak [yatin dan asnaf] sedih. Ingatkan 22,000 set isolation gown dan tudung [yang telah mereka jahit] itu cukup. Rupanya masih jauh dari mencukupi.”

Saiful Nang turut menceritakan pengorbanan yang dilakukan oleh penghuni RPWP, tetapi tidak mahu diambil kredit oleh mereka kerana ‘pengorbanan barisan depan lebih besar’.

Ketika ditanya wartawan tak penatkah kerja berterusan untuk menyiapkan set PPE ini, wakil anak-anak yatim dan asnaf RPWP menjawab:

“Kitorang cuma terpaksa korbankan rehat dan tidur sahaja bang. Tapi frontliner kita korbankan hidup dan nyawa mereka.

“Memang penat, tapi sikit sahaja nak dibanding dengan frontliner yang ada terpaksa sarung plastik sampah untuk PPE. Kami sedih”.

Saiful Nang turut mengambil kesempatan sama untuk merayu sumbangan daripada ‘ikan-ikan bilis’ untuk memnuhkan Tabung Kecemasan COVID-19 Projek Pelangi yang ditubuhkannya.

“Bila periksa balik counter di projekpelangi.com jumlahnya masih tak banyak berganjak. Masih jauh dari kecukupan tapi ada banyak tempat pula yg memerlukan.

“[Bajet] belum cukup lagi, belanja dah dikeluarkan dan keperluan semakin bertambah hari demi hari kerana apabila export PPE dari China mula disekat oleh China. Maka hari ini Malaysia perlu berdiri sendiri dengan apa yang kita ada.

“Minta maaf kerana tabung Projek Pelangi ialah tabung adhoc untuk keperluan frontliner kita. Tidak sempat untuk mendapatkan pengecualian cukai, maka penyumbang besar yang jerung dan paus kebanyakan tarik diri dari menyumbang.

“Namun bukan jerung semata-mata yang boleh membuat perubahan. Ikan bilis dan seluang juga boleh melakukan perubahan jika kita lakukan bersama. Sedikit tetapi ramai itulah yang mampu membantu Malaysia.”

Beliau memohon supaya sumbangan tersebut dihulurkan ke dua saluran:

1. Melalui pautan di bawah:

(SILA KLIK) Projek Pelangi Kempen Bantuan PPE COVID-19

2. Melalui debit ke akaun di bawah:

Bank Rakyat
11-080-100156-8
Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin (2012)

Menurut Saiful Nang lagi, “Bagaimana kita boleh biarkan perwira kita bertempur [dengan wabak COVID-19] tanpa pakaian perang?”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai impak wabak COVID-19 di Malaysia:

Bacaan Seterusnya