Keputusan SPM 2019 yang anda baru dapat menandakan bermulanya bab baru kehidupan anda sebagai orang dewasa. Tahniah, anda kini bukan lagi seorang remaja.

Sebagai orang dewasa, anda perlu membuat keputusan sendiri. Nak belajar apa lepas SPM? Antara buat A-Level, diploma, STPM atau matrikulasi – mana satu yang sesuai? Biasiswa mana yang bagus? Jawapan kepada semua persoalan ini anda kena cari sendiri.

Mujur ada artikel ini. Di sini, kami kumpulkan nasihat kepada soalan popular yang confirm anda akan tanya lepas dapat keputusan SPM 2019.

1. Bandingkan kelebihan A-Level, diploma, STPM dan matrikulasi

Secara asasnya, ada empat pilihan yang boleh anda pilih jika nak sambung belajar lepas dapat keputusan SPM 2019:

PilihanKelebihan
STPM– setaraf A-Level (boleh digunakan untuk pergi universiti luar negara)
– lebih murah berbanding A-Level
– dah tiada satu peperiksaan besar
– markah dikira dari projek kumpulan, kajian lapangan, ujian dan peperiksaan
– ada aliran sains dan sastera
– senang dapat biasiswa swasta
A-Level– sesuai kalau tak tahu nak belajar apa di universiti nanti
– paling senang dapat biasiswa swasta
– senang pergi universiti luar negara
Asasi– sesuai kalau dah tahu nak belajar apa di universiti nanti
– ambil masa paling singkat untuk habis (maksimum 1 tahun)
– paling murah sebab masa kursus paling singkat
– senang masuk universiti yang buat asasi
Diploma– sesuai untuk pelajar yang nak bebas dan santai
– tak perlu keputusan SPM yang cemerlang untuk masuk
– sesuai kalau dah tahu nak belajar apa di universiti nanti
– paling kurang terkena ‘kejutan budaya’ bila masuk ijazah
Matrikulasi– sesuai kalau dah tahu nak belajar apa di universiti nanti
– ambil masa singkat untuk habis (jika keputusan SPM cemerlang)
– kos murah di koleh matrikulasi tempatan
– jaminan masuk IPTA jika berjaya tamatkan pengajian

2. Nak jadi guru sekolah? Mohon PISMP

Kalau anda nak jadi guru sekolah rendah, anda boleh memohon Program Ijazah Sarjana Muda PerguruanĀ (PISMP) di pautan di bawah:

(Sila klik) Program Ijazah Sarjana Muda PerguruanĀ (PISMP)

3. Doktor sekarang susah dapat penempatan

Malaysian Medics International (MMI) memberitahu media jumlah doktor semakin bertambah setiap tahun. Tetapi mereka susah mendapat penempatan (kerja). Jika dapat pun, ia hanya jawatan kontrak hingga menyukarkan doktor sedia ada menjadi doktor pakar.

Ketika ini ada 33 institusi perubatan yang menghasilkan 3,000 doktor setiap tahun. Itu tak termasuk 3,000 lagi doktor yang belajar di universiti luar negara setiap tahun. Tapi tak banyak kerja kosong untuk mereka di Malaysia.

4. Tak perlu bayar untuk semak semula keputusan SPM

Jika anda tak puas hati dengan keputusan SPM 2019 anda, jangan buang masa dan duit untuk buat permohonan semak semula. Kebanyakan permohonan biasiswa mempunyai tarikh permohonan yang pendek. Tempoh semakan semula keputusan SPM pula mengambil masa yang lama.

Apabila masuk alam kerja nanti, keputusan SPM tak penting berbanding keputusan di universiti, pengalaman bekerja dan kenalan (network) anda.

5. Jika keputusan SPM tidak memuaskan, kejar sijil kemahiran

Anda mungkin ingat kalau keputusan SPM anda tidak memuaskan hingga tak melayakkan anda masuk IPTA, masa depan anda akan gelap. Nak masuk IPTS pula, keluarga anda tak cukup duit. Jangan risau. Anda boleh menjamin masa depan anda dengan mengejar sijil kemahiran di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) misalnya.

Buang mindset yang kononnya IKBN hanya untuk ‘budak fail SPM’. Dah ada ramai dah graduan IKBN yang fail SPM sekarang bergaji lebih besar daripada graduan ijazah.

Ini kerana mereka mempunyai skil di alam pekerjaan. Majikan sekarang lagi suka cari budak yang ada skil berbanding ijazah. Ijazah banyak orang dah ada. Tapi skil tak semua orang ada.

Malah jika anda betul-betul belajar di IKBN dan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2 dan 3 – anda boleh ambil Diploma Kemahiran Malaysia atau DKM (Tahap 4) di sesetengah IPTA.

Malah ada sesetengah IKBN yang menawarkan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (Tahap 5) yang setaraf dengan ijazah. Untuk memohon masuk IKBN, anda boleh lawat pautan di bawah:

(Sila klik) Permohonan Kemasukan IKBN Bagi Lepasan SPM

6. Masuk akademi

Selepas SPM, anda juga boleh memohon kemasukan ke akademi-akademi yang spesifik dengan minat anda. Kemasukan ke akademi-akademi ini melayakkan anda untuk menerima diploma.

Kalau anda minat bekerja di kapal laut, ada Akademi Laut Malaysia (ALAM) untuk anda. Jika anda minat seni, ada Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Untuk yang berminat bekerja dalam industri penerbangan, anda ada akademi juruterbang Air Asia dan MAS.

(Kredit foto: The Star)