Kenapa orang kaya susah faham kesukaran hidup orang miskin? Kenapa golongan T20 selalu cakap benda-benda merepek pasal kehidupan golongan B40?

Menurut hasil kajian seorang pelajar Doktor Ijazah (PhD) Sains Psikologi Universiti of Kent, Amerika Syarikat (US), orang kaya tak menganggap jurang kekayaan besar antara mereka dengan golongan B40 kerana satu sebab: mereka tak nampak masalah tersebut dalam kehidupan seharian mereka.

Rael Dawtry yang menulis kertas kajian tersebut telah menemuramah 600 orang dewasa di US untuk mengkaji impresi mereka terhadap fenomena pengagihan kekayaan yang tak seimbang dalam kalangan kawan-kawan mereka dan populasi US secara umum.

Dalam kajian tersebut, responden diminta untuk mengagak peratusan orang dalam 11 kelas ekonomi dan purata pendapatan setiap 11 kelas ekonomi tersebut.

Kemudian responden turut ditanya pendapat mereka tentang keadilan pengagihan kekayaan di US dan sama ada mereka berpuasa hati atau tidak dengan pengagihan tersebut.

Responden turut ditanya beberapa soalan untuk menyungkil kelakuan mereka terhadap fenomena jurang kekayaan yang semakin meluas di US.

Menurut kenyataan media yang dibuat dalam kertas kajian tersebut:

“Kami menemui bukti beberapa perkaitan yang bertitik-tolak dari pendapatan isi rumah. Antaranya pendapatan isi rumah dikaitkan dengan pendapatan kawan-kawan, kemudian berkait dengan pendapatan populasi, berkait pula dengan tafsiran keadilan dan seterusnya perangai setiap responden.

“Perkaitan seperti rantai ini kekal utuh walaupun selepas kami mengambil kira orientasi politik dan kepentingan diri sendiri setiap responden.”

Kertas kajian ini turut menganalisa data dari 4,000 responden di New Zealand dan mendapati ada kaitan antara tanggapan orang terhadap keadilan pengagihan kekayaan di sesebuah negara dengan kekayaan kawasan rumah mereka.

Dalam erti kata lain, penemuan kajian ini memberitahu: orang kaya susah nak faham kesusahan orang miskin kerana mereka tak pernah nampak orang miskin dalam hidup mereka.

Orang kaya hidup di kawasan perumahan orang kaya, bersekolah dengan anak-anak orang kaya. Jiran mereka pula besar kemungkinan juga kaya seperti mereka. Semasa kecil, mereka hanya bergaul dengan anak-anak orang yang memiliki kelas sosio-ekonomi yang sama dengan ibu bapa mereka.

Walaupun orang kaya tak berniat langsung untuk berkawan dengan orang kaya sahaja, aturan semulajadi dalam hidup mereka akan membuatkan mereka hanya kekal dalam kelompok mereka sahaja.

Dalam kenyataan media kertas kajiannya, Dawtry memberitahu:

“Hasil kajian ini menunjukkan orang kaya dan miskin bukan sahaja memiliki tanggapan yang berbeza mengenai keadilan pengagihan kekayaan sesebuah negara.

“Mereka juga hidup dalam dua masyarakat yang berbeza.

“Golongan kaya di Amerika Syarikat berpendapat masalah kemiskinan golongan miskin tidak begitu serius dan teruk.”

Baca juga artikel kami lain yang mungkin menarik perhatian anda: