Berucap pada Pengumuman Khas berkenaan COVID-19 di Malaysia petang tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dijuadualkan tamat pada 14 April depan.

PKP dilanjutkan lagi selama 2 minggu iaitu bermula 15 hingga 28 April 2020.

perdana-menteri-8-tan-sri-muhyiddin-yassin
PUTRAJAYA, 6 April — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (Tambahan) di Bangunan Perdana Putra. — fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menurut Perdana Menteri, lanjutan PKP tersebut dibuat bagi memastikan penularan wabak Korona virus di negara kita dapat dibendung sepenuhnya selain memberi ruang buat petugas kesihatan dalam menjalankan tugas mereka dengan sempurna.

“Berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar perubatan, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu dari 15 April hingga 28 April 2020.”

Dalam pengumuman yang sama, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan perkembangan positif dimana jumlah kes sembuh pada hari Jumaat 10 April adalah lebih tinggi daripada jumlah kes positif dan direkodkan.

Perkembangan ini pastinya memberi semangat baru buat rakyat Malaysia dan para barisan hadapan khasnya dalam usaha-usaha memerangi penularan COVID-19 di Malaysia.

Baca lagi artikel lain yang menarik:

Sumber: