Lebih kurang seminggu lagi, umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan meraikan kedatangan bulan Syawal dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Perayaan ini disambut dengan penuh kesyukuran selepas berjaya berpuasa sepanjang Ramadan.

Setiap kali musim perayaan tiba, terdapat segelintir masyarakat terutamanya kanak-kanak yang teruja dan seronok bermain mercun. Tahun ini juga ramai orang yang menjual mercun secara online melalui media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Walaupun mercun dipasarkan secara terbuka di media sosial, mengikut undang-undang negara kita sesiapa yang didapati memiliki, menjual, membeli atau bermain mercun atau bunga api selain yang dibenarkan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 dan 8 Akta Bahan Letupan 1958 (Akta 207).

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara selama tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Bermain dan membakar mercun serta bunga api yang dilarang juga boleh dihukum penjara tidak melebihi satu bulan atau denda sehingga RM100 atau kedua-duanya mengikut Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Terdapat pengecualian terhadap dua jenis mercun dan bunga api jens POP POP dan HAPPY BOOM sahaja yang dibenarkan untuk dimainkan di Malaysia manakala selebihnya tidak dibenarkan dan merupakan satu kesalahan.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila sebuah hantaran menjual mercun di Group Facebook Anak-Anak Muar yang dibuat oleh seorang individu dibalas oleh Ketua Polis Daerah Muar sendiri.

Melalui ruangan komen tersebut, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip menulis “order 49 shoot 5 set boleh”.

Tak dapat dibayangkan bagaimanakah reaksi penjual yang mengiklankan jualan mercun di grup tersebut apabila ‘disampuk’ oleh pihak polis.

Jelas sekali tujuan Ketua Polis Daerah Muar membalas dengan membuat pesanan mercun di hantaran tersebut sebagai satu peringatan buat orang ramai bahawa menjual mercun merupakan satu kesalahan besar dan akibatnya boleh dihukum penjara jika sabit kesalahan.

Baca juga artikel lain yang mungkin menarik bagi anda:

Sumber: