Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) berkata aktiviti ziarah sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya terhad pada hari pertama perayaan sahaja.

Keputusan itu diambil oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) terhadap semua sambutan perayaan termasuklah Hari Raya Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai yang akan tiba tidak lama lagi.

“Jumlah maksimum 20 orang sehari ini juga perlu mengambil kira saiz kediaman masing-masing bagi memastikan prosedur operasi jarak sosial dapat diamalkan. Katakan rumah flat 600 kaki persegi, 20 orang dalam satu (masa) terlalu ramai dan sukar ada jarak sosial. Jadi mungkin jumlah individu itu perlu dikecilkan.

“Prosedur operasi standard berkaitan amalan penjagaan kesihatan perlu diikuti sewaktu berkunjung seperti pemakaian pelitup separuh muka, cecair pembasmi kuman dan basuh tangan dengan sabun sewaktu menziarah,” katanya pada sidang media harian mengenai PKPB di Putrajaya, hari ini.

Beliau turut berkata amalan penjagaan kesihatan perlu diamalkan dan diterapkan sebagai normal baharu kerana kerajaan tidak mahu apa yang berlaku di negara lain (gelombang kedua) akan terjadi di negara ini.

Baca juga artikel menarik yang lain berkaitan Hari Raya Aidilfitri:

Sumber: