Untuk menempuhi cabaran ekonomi yang terkesan akibat pandemik COVID-19 ketika ini, kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan tunai one-off buat pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia terutamanya golongan B40 dan M40 melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan diberikan mengikut rekod maklumat yang dimiliki kerajaan melalui portal Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) iaitu BSH buat bantuan B40, dan ezHASiL untuk bantuan golongan M40.

Rakyat Malaysia yang memenuhi ciri-ciri penerima BPN boleh membuat semakan melalui laman web bpn.hasil.gov.my.

Jika maklumat anda tiada dalam senarai LULUS BPN, anda boleh buat permohonan baru dan keputusan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan.

Permohonan baru yang dibuat mungkin akan mendapat status LULUS atau TIDAK LULUS.

Tetapi jika status TIDAK LULUS ianya tidaklah bermaksud anda 100% tidak layak untuk menerima bantuan tersebut. Kadang kala berlaku kesilapan seperti duplikasi permohonan atau lain-lain kesilapan yang menyebabkan permohonan anda tidak diluluskan.

BPN-tidak-lulus

Duplikasi permohonan boleh berlaku apabila pemohon tidak sedar mereka telah membuat lebih dari satu kali permohonan, atau masih menghantar permohonan baru walaupun maklumat sudah ada dalam rekod kementerian.

Jadi apa yang anda perlu lakukan jika permohonan TIDAK LULUS? Ikuti perkongsian di bawah.

APA PERLU BUAT JIKA PERMOHONAN BPN TIDAK LULUS?

Menurut posting Facebook Malaysia Government Call Center (MyGCC), jika status anda TIDAK LULUS anda boleh terus membuat rayuan melalui laman web BPN.

Setelah rayuan dihantar, anda akan menerima notis ‘MENUNGGU KELULUSAN RAYUAN’ di bahagian status rayuan.

Keputusan kelulusan rayuan akan diumumkan pada bulan Mei depan.

BPN-tidak-lulus

Manakala jika permohonan anda tidak lulus disebabkan oleh duplikasi permohonan, anda diminta untuk terus menghubungi LHDN di talian 03-8911 1000.

Jika talian sibuk, anda dikehendaki untuk mencuba semula sehingga berjaya atau boleh juga menghantar mesej di portal Maklum Balas Pelanggan.

Baca juga artikel lain mengenai bantuan yang diberikan sepanjang PKP:

Sumber: