Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung jam 2 petang tadi memaklumkan beberapa perkara berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) termasuklah berkenaan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Perkara utama dalam perutusan khas itu adalah keputusan kerajaan untuk melanjutkan lagi tempoh PKPB selama empat minggu iaitu sehingga 9 Jun depan.

Keputusan itu dibuat berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kerana usaha-usaha memerangi penularan wabak pandemik COVID-19 di negara ini masih belum berjaya sepenuhnya.

Tambah Perdana Menteri lagi, rata-rata rakyat Malaysia juga mahukan supaya kerajaan terus mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memerangi wabak ini.

“Ini bermakna, semua peraturan dan SOP yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB pada masa ini akan kekal berkuatkuasa sehingga 9 Jun 2020.

“Sebarang perubahan mengenai peraturan, SOP atau senarai sektor yang dibenarkan beroperasi akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” katanya lagi.

Selain itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menzahirkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada para petugas barisan hadapan yang telah banyak berkorban dalam memastikan semua rakyat terselamat daripada ancaman COVID-19 sepanjang dua tiga bulan ini.

Selain itu, beliau juga mengucapkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah yang sentiasa berdisiplin mematuhi arahan PKP dan PKPB sehingga memudahkan para petugas barisan hadapan menangani krisis ini.

“Hasil daripada usaha bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh para petugas barisan hadapan dan disiplin saudara-saudari sepanjang tempoh PKP dan PKPB dilaksanakan, kita telah berjaya menjadikan hampir seluruh mukim atau zon di negara kita berstatus hijau,” katanya lagi.

Dalam perutusan itu juga, pendirian kerajaan masih tidak berubah apabila tidak membenarkan pergerakan rentas negeri termasuklah untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri. Sungguhpun begitu, orang ramai masih dibenarkan untuk melakukan ziarah hari raya dalam negeri yang sama, dengan syarat tidak melebihi 20 orang dalam satu-satu masa.

Isi Penting Daripada Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Hari Ini (10 Mei 2020):

  1. Malaysia berada di tangga keempat dunia dalam kalangan 105 negara di mana rakyat berpuas hati dengan tindakan kerajaan menangani Covd-19
  2. Seramai 6.64 juta rakyat atau 43.6% rakyat telah kembali bekerja.
  3. PM puas hati dengan kerjasama semua kerajaan negeri dan berterima kasih atas pematuhan SOP semasa PKPB.
  4. Penduduk di kawasan hijau di ingatkan bahawa mereka belum selamat dan bebas sepenuhnya.
  5. Menurut pakar ,proses mencipta vaksin untuk melawan Covid-19 akan mengambil masa lama yang munkin selama 12 bulan.
  6. Atas nasihat KKM , PKPB akan di lanjutkan sehingga 9 Jun 2020.
  7. Pergerakan Rentas Negeri semasa perayaan Hari Raya Aidil Fitri, Pesta Gawai dan Kaamatan tidak di benarkan.
  8. Ziarah Menziarahi semasa Hari Raya di benarkan dengan syarat ianya dalam negeri dan tidak melebihi 20 orang .
  9. SOP mengenai solat akan di muktamadkan selepas PKPB (9 Jun) sebelum di persembahkan kepada YDP Agong.
  10. SOP untuk perjumpaan agama bagi bukan islam juga akan di umumkan nanti.
  11. Kelonggaran di beri kepada pasangan suami isteri yang tinggal di negeri berlainan untuk melakukan Rentas Negeri dengan permohonan melalui Gerak malaysia atau terus ke balai berdekatan.
  12. Mengenai bayaran BPN yang tidak lulus dan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat, PM berkata tempoh rayuan untuk mereka akan di lanjutkan sehingga 9 Jun ini. PM berkata tidak semestinya semua rayuan di luluskan kerana ianya bergantung kepada perkara dan syarat-syarat lain.

Baca juga artikel lain yang berkaitan COVID-19: