Kepimpinan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan pengorbanan barisan depan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) wajar dipuji sepanjang wabak pandemik COVID-19 menyerang Malaysia.

Tidak kira siapa pun bos (Menteri Kesihatan) mereka, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan seluruh warga kerja KKM tidak pernah mengabaikan kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

Pada Julai 2019, Datuk Dr Noor Hisham yang berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013 memberitahu di laman media sosialnya:

“Ketika ini kami tak cukup bajet, tak cukup staf, tak cukup gaji, terlalu banyak kerja, terlalu sibuk dengan kemudahan yang sesak dengan pesakit.”

Beliau menulis status ini selepas laporan Jabatan Audit Negara memberitahu 41.3% pesakit perlu menunggu enam jam di unit kecemasan kerana kekurangan kemudahan, kekurangan bajet dan kekurangan staf.

Ketika ini Malaysia mempunyai 145 hospital yang menjaga kira-kira lapan juta pesakit setiap tahun.

“Kita perlu bekerja keras untuk memperbaiki sistem kesihatan awam untuk menaikkan bajet, menaikkan jumlah staf, menaikkan gaji dan kerja kosong di kemudahan kesihatan – semuanya di luar kawalan Kementerian Kesihatan.”

Tetapi meskipun KKM ‘tak cukup bajet, tak cukup staf, tak cukup gaji, terlalu banyak kerja, terlalu sibuk dengan kemudahan yang sesak dengan pesakit’, kebajikan pesakit sentiasa diutamakan oleh KKM.

Mengapa rakyat Malaysia tabik Dr. Noor Hisham

Berikut merupakan 7 tindakan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika penularan wabak COVID-19 yang mendapat pujian rakyat Malaysia:

1. Menyeru rakyat Malaysia supaya tidak menyalahkan jemaah tabligh, sebaliknya membantu mereka mendapatkan ujian penskrinan COVID-19. (Sumber)

2. Berdiri teguh dengan fakta selepas Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba menyarankan mitos kepada orang ramai di Malaysia untuk minum air masak suam kerana ‘virus tak suka panas’. (Sumber)

3. Menjadi figura depan KKM yang meyakinkan selepas Dr. Adham Baba nampak berundur dari perhatian media susulan komen ‘minum air masak suam’ yang mitos. (Sumber)

4. Mampu menjelaskan situasi semasa dan menjawab soalan petugas media dengan jelas, tenang dan ringkas – tetapi komprehensif. Perhatikan Dr. Noor Hisham menjelaskan lima peringkat yang dilalui oleh pesakit COVID-19 bermula minit 1:10 sampai habis dalam video di bawah.

5. Memperbetulkan kekeliruan tentang warga asing yang dikatakan perlu membayar ujian penskrinan COVID-19 di hospital kerajaan. (Sumber)

6. Membantu Menteri Kesihatan menjawab soalan daripada petugas media. (Sumber)

7. Aktif di media sosial (terutamanya di Facebook dan Twitter) untuk memberi perkembangan baru mengenai jumlah kes, nasihat KKM dan menjawab soalan netizen tentang wabak COVID-19.

Siapa Dr Noor Hisham Abdullah?

Seperti yang telah kami beritahu tadi, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah telah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013.

Beliau telah berkhidmat di bawah tiga Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Dr. S. Subramaniam Sathasivam (2013-2018), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (2018-2020), dan Datuk Seri Dr Adham Baba (2020-present).

Beliau juga merupakan pakar bedah yang berkelulusan Ijazah Sarjana (Masters) Pembedahan dan Ijazah Kedoktoran (PhD) Perubatan dari UKM.

Bidang pengkhususan beliau adalah pembedahan endokrin. Beliau telah menerbitkan beberapa artikel dalam jurnal perubatan mengenai topik pembedahan endokrin.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai KKM: