Tunjuk Buku Merah Kalau Kena Tahan Road Block Pergi Derma Darah

Pusat Darah Negara menggalakkan orang ramai untuk membawa buku merah ketika tampil derma darah untuk memudahkan urusan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) sedang berkuatkuasa ketika ini.

Pengarah Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Noryati Abu Amin memberitahu walaupun bekalan darah masih lagi mencukupi ketika ini, ia boleh menjadi kurang pada bila-bila masa jika bilangan penderma tidak bertambah.

“Memang terdapat penurunan bilangan penderma yang ketara setiap hari sejak PKP dilaksanakan. Bekalan darah masih mencukupi sekarang.”

“Tapi kalau kita tak dapat penderma darah sekarang, kita takut bekalan akan menurun lebih banyak,” kata beliau di rancangan Selamat Pagi Malaysia TV1 semalam.

Dr Noryati menjelaskan ketika ini bekalan darah mencukupi kerana banyak pembedahan elektif yang memerlukan stok bekalan darah ditangguhkan. “Tapi kita masih perlu bekalan darah untuk membantu pesakit-pesakit kritikal,” sambungnya lagi.

Cara derma darah ketika PKP

Pusat Darah Negara menyarankan semua orang yang mahu menderma darah agar memeriksa kesesuaian mereka untuk menderma terlebih dahulu.

Kesesuaian tersebut boleh diperiksa melalui pautan berikut: KESESUAIAN PENDERMAAN DARAH

Sekiranya sesuai sebagai penderma, penderma boleh mula merancang untuk ke mana-mana pusat kutipan darah seperti yang tertera di bawah:

1. Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak
Isnin – Jumaat : 7.30 pagi hingga 8.00 malam
Sabtu & Ahad : 8.00 pagi hingga 6.00 petang

2. Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10, Putrajaya
Isnin : Tutup
Selasa – Jumaat : 10.00 pagi hingga 7.00 petang
Sabtu & Ahad : 9.00 pagi hingga 6.00 petang

3. Midvalley Donation Suite, Mezzanine Level, Level 3 (Sebelah Tingkat Atas Daiso)
Isnin – Ahad : 10.00 pagi hingga 5.00 petang

4. Tabung-tabung darah berdekatan

Untuk memudahkan perjalanan ke pusat kutipan darah sepanjang tempoh PKP, Pusat Darah Negara memohon para penderma untuk:

A) Membawa buku merah/kad penderma darah (untuk penderma kerap)

Buku merah yang akan dimiliki oleh setiap penderma darah

;ATAU

B) Mendapatkan slip temujanji pendermaan darah dari mana-mana link berikut.

(Slip ini akan dihantarkan ke e-mel yang diberikan dan perlu disimpan sebagai bukti temujanji untuk menderma darah):
1) https://forms.gle/zcU8TgVGNG6Mcfz98
2) https://forms.gle/HWzQrJsmb8bg943d8
3) https://forms.gle/MYyuT49q7dncEPoQ9

; ATAU

C) Mengisi borang pendaftaran penderma darah secara online

Borang boleh diisi di https://regdonor.bbis.moh.gov.my/. Borang yang siap diisi akan dihantarkan ke e-mel tuan/puan dan seterusnya perlu dicetak.

Pusat Darah Negara turut menasihatkan penderma untuk menunjukkan buku merah derma darah/slip temujanji /borang pendaftaran penderma darah secara online kepada pihak polis/tentera sepanjang tempoh PKP bagi melancarkan perjalanan ke pusat kutipan darah.

KKM gerak petugas ambil darah di rumah

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan petugas kesihatan akan digerakkan ke rumah dan kediaman untuk mengambil darah penderma ketika PKP berkuatkuasa.

Pada hari sama juga, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melanjutkan tempoh PKP kepada 14 April daripada 31 Mac.

Datuk Dr Noor Hisham menggalakkan orang ramai yang ingin menderma supaya menghubungi talian hotline Kementerian Kesihatan (KKM) bagi berbuat demikian.

Talian hotline KKM boleh dihubungi di nombor 03-8000 8000.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP):

Bacaan Seterusnya