Mulai esok, tempoh masa pelanggan untuk berada di dalam semua premis peruncitan termasuk pusat beli-belah dihadkan kepada dua jam, mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Tempoh maksimum dua jam itu turut dikeluarkan bersama arahan untuk semua pemilik premis peruncitan, termasuk kompleks beli-belah untuk meletakkan had jumlah pelanggan pada satu-satu masa mengikut keluasan premis perniagaan dengan penetapan satu orang bagi setiap empat meter persegi.

Pemilik perniagaan juga perlu memastikan kapasiti pekerja dihadkan bagi semua premis peruncitan, pemborongan, pengedaran dan kompleks beli-belah termasuk pengurusan, operasi dan sokongan ditetapkan sebanyak 60 peratus.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan menggerakkan seramai 2,262 pegawai penguat kuasa di seluruh negara bagi memastikan semua pihak mematuhi SOP termasuk pekerja dan juga pelanggan.

Tempoh dua jam maksimum yang dihadkan tersebut akan dipantau menerusi aplikasi MySejahtera yang diimbas orang ramai sebelum memasuki premis berkenaan.