Ketika ini kerajaan sedang giat mengesan jemaah tabligh yang belum datang ke ujian saringan COVID-19 di hospital kerajaan.

Jemaah tabligh yang dimaksudkan oleh kerajaan adalah yang menghadiri perhimpunan Ijtimak Jord Qudama dan Ulama Malaysia di Masjid Jamek Sri Petaling – anjuran Markaz Tabligh Malaysia Sri Petaling pada 28 Feb hingga 2 Mac lepas.

Perhimpunan di Masjid Jamek Sri Petaling ini dikenalpasti menjadi kluster kepada gelombang kedua wabak penyakit COVID-19 di Malaysia dan Asia Tenggara ketika ini. Ini menyebabkan jemaah tabligh menjadi sasaran kecaman daripada orang awam.

Bagaimanapun lain ceritanya daripada pihak jemaah tabligh. Ikuti cerita wakil mereka iaitu Haji Md Asna bin Haji (Pengerusi Masjid Ibnu Khaldun Taman Lavender Senawang) di bawah:

KKM mungkin tak rekod kehadiran kami

Malam tadi pegawai jabatan agama datang masjid saya. Salah seorang daripada pegawai jabatan agama ini tanya kat mana mereka boleh jumpa seorang ustaz di Madrasah Taman Bandar ni. Mereka kata ustaz tu belum pergi saringan [COVID-19].

Saya call mudir Madrasah [Taman Bandar] dan mereka pun [kemudiannya] bagi salinan dokumen ujian saringan [kepada pegawai jabatan agama]. [Rupa-rupanya] ujian [saringan] dah dibuat tetapi rekod data [kedatangan saringan] tak disimpan oleh KKM secara berstruktur.

Satu isu yang orang ramai tak tahu adalah – pihak KKM tiada sistem pengurusan data pun untuk tracking siapa yang datang atau tidak untuk saringan. Pihak klinik tak mampu nak handle bilangan [pengunjung yang datang nak buat saringan] yang banyak. Kit ujian virus [pula] mahal (RM300-RM700).

[Jadi] jemaah [tabligh] yang datang tanpa sebarang simptom disuruh balik dan self-quarantine tanpa ada sebarang rekod [kedatangan saringan].

Mana data yang precise? Kemudian masing-masing forward [di media sosial bahawa] jemaah [tabligh] tak mahu pergi test.

Untuk makluman rakyat Malaysia semua, record KKM kata tabligh dah datang [buat saringan berjumlah] lebih kurang 10,000 jemaah. Yang tak tampil [pula berjumlah] 4,000 orang lagi.

Saya nak tanya – siapa yang ambil attendance jemaah [tabligh] pada hari kejadian (perhimpunan di Masjid Sri Petaling pada pada 28 Feb hingga 2 Mac lepas)?

Mana dapat maklumat [yang datang berjumlah] 15,000 orang? Masa awal kejadian dulu kata 10,000 je datang?

Kemudian berlambak-lambak kes jemaah tabligh disuruh balik oleh pihak hospital bila tak ada apa-apa simptom. Mereka hanya disuruh kuarantin di rumah.

Isunya di sini: jemaah yang disuruh balik tu, kenapa tak dimasukkan dalam data jemaah yang telah datang [ke saringan COVID-19]?

Sekarang [masyarakat anggap] seolah-olah jemaah tabligh ni jahat. Tak nak datang hospital. Tak nak check. Yang saya kenal, semua dah pergi check dan ada yang disuruh balik macam tu saja sebab tak ada demam.

Jemaah tabligh mahu berikan kerjasama tapi…

Hakikat sebenarnya ialah jemaah tabligh sangat komited nak buat saringan sebab ia adalah sifat ketaatan dan tuntutan agama.

Tapi…sebenarnya jemaah tabligh sangat komited nak buat saringan sebab ia adalah sifat ketaatan dan tuntutan agama.

Tetapi di saluran media masa dan media sosial kecoh [mengeluarkan] kenyataan; tabligh dijejaki, tabligh dirayu buat saringan, jangan lari, dengan rendah diri dirayu buat saringan, jangan pentingkan diri dan bermacam lagi.

Ada percanggahan antara arahan atasan KKM dengan pelaksanaan di bawah.

Sebenarnya jemaah paling komited nak buat saringan. Pagi-pagi lagi kami dah terpacak depan hospital kerajaan. Waktu itu, hospital pun belum bersedia buka kaunter untuk COVID-19. Hospital dan doktor belum bersedia tapi kami dah bersedia.

Sedih pula bila ada agamawan kata jemaah guna alasan tak mahu check-up seperti di bawah:

“Ada yang memberikan alasan penyakit dari ALLAH, kita perlu redha. Ada pula yang berkata ‘masjid tempat baik, tiada jangkitan akan berlaku ‘. Ada pula berkata ‘jangan takut virus tapi takut ALLAH’. Ada pula berkata ‘kalau mati syahid’ dan pelbagai lagi falsafah yang disalahgunakan.”

Ini tak tepat. Sebab ahli jemaah faham benar bahawa hakikat/makrifat itu perlu seimbang dengan syariat. Ini sangat ditekankan dalam jemaah sejak zaman-berzaman kerana manhaj dakwah tabligh adalah ahli sunnah wal jamaah di seluruh dunia.

Yang kedua, jemaah tabligh komited nak buat saringan sebab sikap ahli jemaah ialah sangat taat kepada ahli syura jemaah, taat kepada undang-undang negara dan amir (pemimpin) negara.

Jadi janganlah pandang serong dan negatif kepada jemaah [tabligh]. Apatah lagi sebarkan benda tak tepat.

Kita tidak menuding salah kepada KKM kerana perkara ini (COVID-19) sesuatu yang di luar kebiasaan.

Dan kita juga akui mungkin ada sebilangan jemaah yang terlepas maklumat.

Tapi apa yang perlu ditekankan di sini ialah: jemaah sentiasa TAAT dengan arahan KKM untuk lakukan saringan.

Dan janganlah berterusan menghentam dan MENYALAHKAN jemaah tabligh secara keseluruhannya.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai wabak COVID-19: