Dalam usaha membantu rakyat menghadapi kesan pandemik COVID-19 ketika ini, kerajaan melalui platform i-Sinar KWSP telah membenarkan para pencarum untuk mengeluarkan wang maksimum antara RM4,000 hingga RM10,000.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjangkakan sejumlah RM14 bilion bakal dimanfaatkan menerusi pengeluaran itu.

Secara umumnya, pencarum yang layak mengakses 10% pengeluaran ini tertakluk kepada baki minimum sebanyak RM100:

KWSP-Contoh

Jika ahli mengambil insentif i-Sinar ini, mereka perlu menggantikannya semula – bermakna kemasukan caruman akan disalurkan 100% kepada Akaun 1. Langkah ini bertujuan untuk mengantikan pengambilan amaun yang dilakukan.

Sehingga kadar tersebut telah berjaya digantikan – pecahan caruman akan dilakukan seperti biasa iaitu 70% pada Akaun 1 dan 30% pada Akaun 2.

Bagi pencarum yang memenuhi syarat, mereka boleh melakukan permohonan secara atas talian (online) mulai bulan Disember 2020. Kami akan kongsikan cara-cara dan langkah memohon pengeluaran i-sinar KWSP di penghujung artikel ini.

Syarat & Kriteria Layak Mohon Pengeluaran i-Sinar KWSP:

Hanya pencarum yang memenuhi syarat dan kriteria kelayakan yang ketat sahaja dibenarkan memohon insentif i-Sinar KWSP ini. Berikut antara ciri-ciri pencarum yang layak memohon pengeluaran dari program ini:

  1. Pencarum yang telah kehilangan pekerjaan
  2. Pencarum KWSP yang diberi cuti tanpa gaji oleh majikan
  3. Pencarum KWSP yang tiada tiada sumber pendapatan
  4. Pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama 2 bulan berturut-turut

Jika anda tergolong dalam mana-mana kategori, boleh terus ikuti cara-cara dan langkah permohonan pengeluaran i-Sinar yang kami kongsikan di bawah.

Langkah Memohon Pengeluaran i-Sinar KWSP (Tutorial Lengkap Bergambar)

Terdapat dua kaedah permohonan yang dibenarkan oleh KWSP iaitu sama ada menerusi i-akaun dan secara online (tanpa i-akaun).

Berikut adalah langkah permohonan menggunakan i-akaun KWSP:

  1. Sila log masuk ke i-Akaun
    cara-langkah-mohon-pengeluaran-i-sinar-kwsp-2020-1
  2. Klik Pengeluaran
    cara-langkah-mohon-pengeluaran-i-sinar-kwsp-2020-2
  3. Klik Permohonan Baharu, pilih i-Sinar
    cara-langkah-mohon-pengeluaran-i-sinar-kwsp-2020-3
  4. Baca syarat & terma, klik OK
  5. Klik Seterusnya
  6. Pilih Amaun yang diperlukan(Maksimum RM10,000)
  7. Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank
  8. Pilihan Bank untuk permohonan pengeluaran i-SINAR online
  9. Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa) Aktif untuk buat pengeluaran i-Sinar
  10. Pastikan nombor akaun bank aktif & betul bagi memastikan bayaran i-Sinar masuk tanpa sebarang masalah.
  11. Sila buat semakan butiran maklumat
  12. Muat turun dokumen bukti sokongan pendapatan terjejas
  13. Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.
  14. Klik ‘setuju’, klik permohonan ‘TAC’, kemudian masukan ‘TAC’
  15. Klik ‘hantar’

Berikut adalah langkah permohonan tanpa i-akaun KWSP:

  1. Sila Klik Permohonan Baharu KWSP
  2. Isikan Nombor MyKad.
  3. Pemohon mestilah belum lagi mencapai umur 55 tahun semasa permohonan permohonan pengeluaran i-SINAR melalui portal
  4. Isikan Nombor Telefon Bimbit, Alamat Email, Alamat Rumah, Poskod, Bandar, Negeri
  5. Pilih Amaun yang diperlukan (maksimum RM10,000)
  6. Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank
  7. Pilihan Bank untuk permohonan pengeluaran i-Sinar online
  8. Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa) Aktif untuk buat pengeluaran i-Sinar
  9. Pastikan nombor akaun bank aktif & betul bagi memastikan bayaran i-Sinar masuk tanpa sebarang masalah.
  10. Muat turun dokumen bukti sokongan pendapatan terjejas
  11. Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.
  12. Klik Hantar

Sebarang perubahan tertakluk kepada pengumuman semasa daripada KWSP. Permohonan i-Sinar KWSP boleh dibuat mulai awal Disember 2020. Maklumat lanjut layari www.kwsp.gov.my