Selepas hampir satu dekad, akhirnya Warren Buffett menamakan pengganti kepada posisinya di syarikat pelaburannya, Berkshire Hathaway. Sebagai gergasi pelaburan dengan nilai RM2.589 trilion (USD$628 bilion), masa depan syarikat tersebut seringkali dilihat tidak stabil tanpa penamaan pengganti kepada lagenda pelaburan dan Ketua Pegawai Eksekutif seperti Warren. Karisma beliau berjaya mengubah sebuah syarikat pembuat tekstil yang pada asalnya mengalami kerugian kepada sebuah syarikat pelaburan dengan keuntungan ratusan bilion dolar setahun.

Biarpun sudah menjangkau usia 90 tahun, Warren masih lagi aktif mengendalikan portfolio pelaburan syarikat. Saban hari, pergerakan pelaburan yang dibuat oleh beliau melalui pegangan syarikatnya akan menjadi topik bualan dalam kalangan pelabur-pelabur lain di seluruh dunia.

Transisi antara Warren dan Greg Abel ini dimaklumkan sendiri oleh beliau. Menurutnya, lembaga pengarah bersetuju bahawa sekiranya terjadi apa-apa musibah yang melanda dirinya, Berkshire Hathaway akan diuruskan oleh Greg seperti biasa. Sebenarnya, perkara ini juga pernah menjadi perbualan apabila Naib Pengerusi Berkshire iaitu Charlie Munger pernah tersasul menyebutkan bahawa “Abel akan meneruskan tradisi syarikat” apabila ditanya tentang pelan pengagihan operasi syarikat mereka.

 

Sumber: