Google Fiber dilancarkan pada Februari 2010 sebagai sebuah bahagian di Alphabet Inc. Mereka membekalkan sambungan fiber dari rumah ke rumah di Amerika Syarikat. Pada bulan April 2021, Google Fiber melaporkan peningkatan permintaan sebanyak 32 peratus pasca pandemik.

Berkonsepkan pantas, dipercayai, tiada limitasi data dan dicipta untuk semua, Alphabet Inc akhirnya melancarkan logo serba baharu bagi kegunaan Google Fiber. Logo tersebut berkonsepkan empat warna Google dan dihasilkan oleh Google Brand Studio dengan menampilkan konsep sebagai pemangkin dan pembawa impak.

Google Fiber kini boleh didapati di 10 negeri dan 19 bandar di Amerika Syarikat dengan dua pakej iaitu RM288.75 untuk 1 Gig dan RM412.50 untuk 2 Gig. Senarai penuh bandar yang mempunyai akses kepada Google Fiber adalah seperti berikut:

  1. Atlanta, GA
  2. Austin, TX
  3. Charlotte, NC
  4. Chicago, IL
  5. Denver, CO
  6. Huntsville, AL
  7. Kansas City, KS/MO
  8. Miami, FL
  9. Nashville, TN
  10. Oakland, CA
  11. Orange County, CA
  12. Provo, UT
  13. Salt Lake Valley, UT
  14. San Antonio, TX
  15. San Diego, CA
  16. San Francisco, CA
  17. Seattle, WA
  18. The Triangle, NC
  19. West Des Moines, IA