‘X Æ A-12’ Nama Anak Elon Musk Ini Bakal Buatkan Cikgunya Meroyan

Anak-Elon-Musk

Selain berlumba dalam menghasilkan teknologi penerokaan ruang angkasa melalui SpaceX dan kereta elektrik dengan jenama Tesla, Elon Musk turut tidak mahu ketinggalan dalam memberikan nama yang unik (atau pelik) buat anak lelakinya yang baru sahaja dilahirkan.

Jutawan teknologi itu menerima kelahiran cahaya mata lelaki hasil perhubungannya bersama penyanyi pop Grimes. Menjawab persoalan nama anaknya di Twitter, Elon Musk yang teruja dengan kelahiran anaknya itu membalas dengan jawapan ‘X Æ A-12 Musk‘.

Ya, kami pun tak pasti bagaimana caranya untuk menyebut nama anak Elon Musk ini. Apa yang pasti, nama yang unik itu menarik perhatian netizen terutamanya di Twitter.

Jika Elon Musk betul-betul memberikan anaknya nama ‘X Æ A-12’ ini, kami di sini ingin menasihatkan bakal guru yang akan mendidik budak ni nanti agar banyak-banyak bersabar.

Kalau susah sangat nak sebut, panggil saja ‘X’ ataupun ’12’. Goodluck!

Kemaskini 8 Mei 2020:

Menjawab persoalan mengenai nama anaknya, Elon Musk menerangkan dengan lebih lanjut nama ‘X Æ A-12’ yang diberikannya itu.

“Ianya cuma X, huruf X, dan sebutan bagi Æ ialah ‘Ash’ kemudian A-12 adalah dari saya. Archangel 12, permulaan kepada SR-71. Pesawat paling hebat. Ianya benar.”

Kami sertakan sekali foto jet pejuang A-12 untuk tatapan anda:

Jet pejuang Lockheed Archangel 12 (A-12) yang menjadi inspirasi jutawan Elon Musk

Baca lagi artikel lain yang mungkin menarik buat anda:

Bacaan Seterusnya