Pada November lalu, CEO Tesla iaitu Elon Musk telah membuatkan Twitter menjadi meletus kerana pengumuman Cybertruck.

Selepas pelancarannya, Cybertruck telah mendapat banyak tempahan dari seluruh dunia. Ianya adalah trak yang sangat ringkas dari segi luaran tetapi canggih dan lasak.

Namun jika anda benar benar mahukan Cybertruck dalam hidup dan tak mampu memilikinya, anda boleh memiliki model Hot Wheels.

Mattel mengumumkan pada pagi Jumaan lalu, bahawa mereka sedang membangunkan satu kereta mainan Hot Wheels dengan 2 alat kawalan jauh – berdasarkan model Cybertruck.

Untuk model skala 1:64 ianya dijual pada harg US$20 (sekitar RM80.00). Manakala untuk model yang lebih besar pada nisbah 1:10, ianya dijual pada harga US$400 ataupun sekitar RM1,200.

Namun korang kena buat pra tempah untuk kedua dua model tersebut bermula pada Disember hadapan.

Jika korang benar-benar mahukannya, cepat cepat sign up / daftar sekarang di laman web Hot Wheels untuk melakukan pra tempah. Ini kerana, ianya adalah edisi terhad. Jadi, amat sukar untuk mendapatkannya.

Hot Wheels mengumumkan tidak akan menambah stok lagi untuk model ini. Dan juga, berdasarkan laporan awal, penghantaran hanya untuk mereka yang berada di Kanada dan juga Amerika Syarikat.

Tesla sebelum ini mengumumkan tentang penjualan Cybertruck mereka. Dan ianya akan mulai diedar kepada pembeli pada 2021.