Sebuah kereta Cardillac yang dimiliki oleh salah seorang gangster paling popular, Al Capone / scarface – pada 1928 – kini dilelong.

Dan ianya mungkin boleh menjadi koleksi anda dengan tawaran harga serendah
$1 juta ataupun sekitar RM4 juta.

Sedan vintaj Cardillac Town itu sudah diubahsuai sedikit oleh pemiliknya. Dan lebih menarik, kereta vintaj ini adalah  dilengkapi dengan tingkap yang kalis peluru.

Cardillac ini antara kereta bersenjata pertama di dunia. Ini kerana Al Capone turut mengubahsuai kereta ini dengan memasang senjata pada kereta ini.

Ketika orang-orang Capone mahu memasang senjata di sebuah bengkel, mekanik di situ menyatakan: “Maaf encik, di sini kami tak buat kerja tu.”

Lalu orang-orang Capone berkata: “Sekarang kamu buat.”

Namun jika anda dapat kereta ni, memerlukan anda memohon kebenaran untuk memakai senjata pada kereta ini.

Kereta ini hadir dengan bunyi siren, lampu flash dan radio. Ianya ada ciri-ciri kereta polis.

Kereta ini juga sudah dinaiktaraf kepada enji V8. Jadi sesuailah dengan statusnya sebagai kereta samseng. Di mana kelajuannya boleh mencecah sehingga 175 kilometer sejam.

Pemilik kereta ini nanti akan menerima sekali beberapa jenis paperwork, artikel serta beberapa dokumen bersejarah yang berkaitan.