Bagi peminat Coldplay di Malaysia, kehadiran band ini sentiasa dinantikan saban tahun. Apabila diumumkan sahaja siri jelajah album terbaru mereka, sudah pasti peminat di Malaysia tercari-cari nama Kuala Lumpur di dalam senarai destinasi jelajah tersebut.

Jelajah terakhir Coldplay sebelum pandemik adalah sekitar tahun 2016 hingga 2017 semasa mempromosikan album A Head Full of Dreams, dengan Singapura, Manila dan Bangkok menjadi tempat pilihan jelajah mereka di Asia Tenggara.

Semalam, Coldplay mengumumkan bahawa mereka bakal menaja Interceptor 005 iaitu kapal perangkap sampah untuk digunakan di Sungai Klang, Selangor.

Hollywood dan usaha untuk alam sekitarĀ 

Kredit gambar: https://www.livekindly.co/how-leonardo-dicaprio-saving-planet/

Selepas melancarkan album terbaru mereka Everyday Life pada tahun 2019, Chris Martin dilaporkan berkata Coldplay tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menjelajah dunia bagi mempromosikan album tersebut. Ini disebabkan usaha mengurangkan jejak karbon yang dipelopori oleh ramai artis dan rumah penerbitan Hollywood seperti Leonardo DiCaprio dan NBC.

RM322 juta. Ini jumlah wang yang telah diperuntukkan oleh Leonardo DiCaprio melalui Yayasan kepada 200 projek pencinta alam sekitar. Bantuan dalam bentuk geran itu diberikan untuk pelbagai projek termasuklah pembersihan lima lautan dan terbabit di dalam kerja-kerja alam sekitar di lebih 50 buah negara. RM4.147 juta dibelanjakan oleh Leonardo DiCaprio Foundation (LDF) untuk usaha menyelamatkan habitat dan populasi harimau di Nepal.

Pada tahun 2017, sebanyak 6.7 peratus daripada gas rumah hijau di seluruh dunia dilaporkan berpunca daripada pembuangan sisa makanan menurut laporan United Nations Food & Agriculture Organization (UNFAO). Pengarah Kelestarian bagi Studio NBC Shannon Bart menceritakan bagaimana penggambaran yang dijalankan oleh 54 buah syarikat di bawah studionya berjaya menjimatkan sisa makanan sebanyak 19,504 kg.

RM3,224,550.00, ini nilai Interceptor yang ditaja oleh Coldplay

Kredit gambar: https://theoceancleanup.com/media-gallery/interceptor-002-in-operation-malaysia/

The Ocean Cleanup merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bekerja keras membersihkan sungai, laut dan lautan di seluruh pelusuk dunia. Ditubuhkan pada tahun 2013, pertubuhan yang tidak berasaskan kepada keuntungan ini berhasrat untuk membersihkan sungai dan laut daripada sampah sarap pada kadar 90 peratus.

Pembuangan sampah sarap di kawasan perairan seperti sungai dan laut amat mempengaruhi ekosistem dan habitat hidupan di kawasan tersebut. Hasilnya, industri seperti perikanan dan pelancongan malah pemerintah akan terus mengalami kesan ekonomi yang berterusan akibat daripada pembuangan sampah ini.

Coldplay merupakan penyumbang terbaru kepada pertubuhan ini. The Ocean Cleanup mendapat tajaan daripada ratusan syarikat gergasi dunia seperti MEARSK, Deloitte, Microsoft, GoPro, DJI dan KLM. Pertubuhan ini juga mendapat sokongan dan dana daripada Kerajaan Belanda.

Malaysia merupakan antara penerima terawal Interceptor 005 ini yang menyasarkan untuk mengutip 100 tan sampah sehari. Projek ini menyasarkan untuk membersihkan 1,000 sungai yang paling tercemar di seluruh dunia, dengan Indonesia dan Republik Dominika antara negara yang terawal menerima kehadirannya.

 

 

Sumber: