Pihak berkuasa di Filipina akhirnya membuktikan arahan Presiden mereka supaya menembak mati sesiapa sahaja yang tidak patuh arahan berkurung di rumah bukanlah satu ‘sembang kosong’.

Seorang warga emas berusia 64 tahun menjadi mangsa pertama yang ditembak mati selepas ingkar arahan pihak polis yang sedang bertugas.

Ianya berlaku selepas mangsa ditahan di pos kawalan kerana tidak mahu memakai topeng muka walaupun sudah berkali-kali dinasihatkan berbuat demikian oleh pegawai polis bertugas.

Keadaan yang tidak dapat dikawal akhirnya bertukar menjadi tegang kerana warga emas yang dipercayai sedang mabuk itu bertindak agresif dan cuba mengancam keselamatan orang awam dan pegawai polis di tempat kejadian.

“Suspek marah selepas dinasihatkan untuk memakai topeng muka oleh anggota yang bertugas dengan mengeluarkan kata-kata kesat, sebelum menyerang dengan menggunakan pisau cukur.”

Menurut saksi, warga emas tersebut telah ditembak mati oleh anggota polis yang sedang cuba menangkapnya.

Kejadian ini merupakan tindakan tembak mati pertama di Filipina semenjak Presiden Duterte mengarahkan anggota tentera dan polis yang bertugas untuk menembak sesiapa saja yang ingkar arahan PKP di negara itu.

koronavirus-di-Filipina
Penduduk Filipina melakukan nyah kuman pada kenderaan yang keluar masuk kawasan mereka

Kes positif COVID-19 terus meningkat dan sehingga ini sudah lebih 3,000 kes dilaporkan manakala 150 orang telah meninggal dunia disebabkan wabak ini.

Baca Lagi Artikel Lain Yang Berkaitan Dengan COVID-19: