Bagi membendung penularan wabak COVID-19, Presiden Filipina telah melaksanakan perintah ‘lockdown’ yang telah berlanjutan selama sebulan.

Tetapi masih ramai penduduk Filipina yang masih ingkar dan memandang ringan perintah tersebut.

Berang dengan situasi tersebut, Rodrigo Duterte sendiri telah mengeluarkan arahan kepada anggota keselamatan untuk menembak mati sahaja sesiapa yang didapati melanggar perintah ‘lockdown’ di negara itu.

rodrigo-duterte
Rodrigo Duterte – Presiden Filipina

Demonstrasi Jalan Raya di Kota Quezon Manila

Amaran keras dan serius itu dibuat oleh Presiden Filipina selepas penduduk di beberapa buah daerah di Kota Quezon Manila telah turun ke jalan raya untuk berdemonstrasi.

“Jangan membahayakan pekerja perubatan, para doktor, kerana itu adalah satu kesalahan serius. Perintah saya kepada polis dan tentera, jika ada yang membuat masalah, dan hidup mereka (pegawai polis dan tentera) berada dalam bahaya, tembak mati mereka!”

Ketika demonstrasi tersebut berlangsung, para petugas keselamatan telah menasihati mereka supaya pulang ke rumah, tetapi tidak diendahkan. Polis akhirnya terpaksa menggunakan kekerasan dan berjaya menangkap 20 orang ketika demonstrasi tersebut.

manila-lockdown-rally
A girl wearing a protective mask, following an outbreak of coronavirus disease (COVID-19), stands on a sidewalk in Manila, Philippines, March 12, 2020. REUTERS/Eloisa Lopez

Demonstrasi yang bertukar ganas itu difahamkan untuk menyatakan ketidakpuasan hati penduduk kerana mereka tidak menerima apa-apa bantuan makanan daripada pihak kerajaan sejak perintah ‘lockdown’ dikuatkuasakan.

“Kami di sini mahu meminta bantuan kerana lapar. Kami masih belum diberi makanan, beras, bahan atau wang tunai. Kami tidak mempunyai pekerjaan. Kepada siapa lagi kami perlu mengadu?”

Arahan Tembak Mati Terima Kecaman Masyarakat Dunia

Filipina sebelum ini dikritik hebat oleh Human Right Watch (HRW) kerana tindakan pihak berkuasa yang mengurung rakyat yang melanggar perintah lockdown dalam ‘sangkar anjing’.

“Menggunakan kekerasan dan membuat penahanan tidak akan melepaskan rakyat Filipina dari perut kosong yang sehingga ke hari ini masih dinafikan bantuan wang tunai yang dijanjikan untuk golongan miskin.”

Arahan tembak mati terbaru ini turut menerima kecaman dari para aktivis kemanusiaan yang mendesak kerajaan supaya mempercepatkan bantuan kewangan dan makanan seperti yang dijanjikan di bawah program perlindungan sosial bernilai 200 Bilion Peso.

Akhir kalam, bersyukurlah kita kerana dilahirkan dan tinggal di Malaysia ketika wabak COVID-19 menyerang umat manusia seluruh dunia.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP):