Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bertujuan membendung penularan wabak COVID-19 sudah memasuki fasa kedua bermula semalam.

Sepanjang 2 minggu PKP dilaksanakan, lebih 4,000 orang telah di ambil tindakan kerana tidak patuh kepada arahan untuk duduk di rumah.

Ketika sidang media COVID-19 petang tadi, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihak polis kini memasuki mod keras bagi memastikan penduduk mematuhi PKP fasa kedua ini.

sekatan-jalan-raya-polis-covid-19

Ianya penting bagi memastikan rantaian penularan COVID-19 yang telah menjangkau 3,000 kes positif di Malaysia dapat diputuskan segera.

“Kalau dahulu lembut dan nasihat, kemudian bertukar tegas, kini mod polis adalah keras.”

Tambah beliau lagi, “Tindakan akan terus diambil kepada sesiapa sahaja yang melanggar perintah ini.”

“1,449 individu sudah dituduh di mahkamah dan ada antaranya dijatuhkan hukuman bukan setakat denga, malah hukuman penjara.”

“Ada yang dipenjara selama 8 bulan bukan sahaja atas kesalahan ingkar PKP malah mengganggu tugas penjawat awam,” katanya.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai COVID-19: