Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan untuk membendung penularan wabak COVID-19 bermula 18 Mac lalu menyebabkan banyak aktiviti perniagaan dan sosial tergendala.

Menyedari akan kesukaran yang dihadapi oleh pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga dalam tempoh PKPB ketika ini, kerajaan negeri Kedah menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) memberi kelonggaran kepada mereka untuk berkahwin tanpa perlu menghadiri kursus praperkahwinan terlebih dahulu.

Sebaliknya, pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga di negeri itu dikehendaki untuk menghadiri temu duga ringkas selama 15 minit yang dijalankan oleh pegawai pejabat agama daerah tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Menurut Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, kelonggaran yang diberikan itu sebagai alternatif terbaik bagi menyelesaikan masalah pasangan yang mahu berkahwin disebabkan kursus praperkahwinan tidak dapat diadakan ketika ini.

muhammad sanusi md nor
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor

“Sesi ini akan berlangsung pada hari akad nikah di pejabat agama daerah. Jadi maksudnya, mereka boleh bernikah walaupun tiada sijil (kursus praperkahwinan),” katanya memetik laporan Astro Awani pada Rabu.

Baca juga artikel kami lain yang menarik perhatian anda:

Sumber: