Peguam hartanah merupakan individu yang penting dalam transaksi pembelian rumah. Sebab itulah orang kata menggunakan khidmat peguam di peringkat awal pembelian rumah memberikan kelebihan kepada anda dalam proses rundingan.

Ini kerana khidmat peguam hartanah dapat melindungi hak anda sebagai pembeli rumah daripada sebarang kekeliruan yang mungkin timbul semasa proses membeli rumah.

Salah satu kekeliruan yang sering dialami oleh pembeli rumah adalah janji ‘Free SPA Legal Fee; daripada ejen hartanah.

Seorang peguam hartanah, Nur Aimuni menjelaskan pengalamannya mengurus kliennya (pembeli rumah) yang tertipu dengan janji ‘Free SPA Legal Fee’ tersebut.

“Anak muda biasanya teruja membeli rumah dari pemaju (under construction-direct developer).

“Biasanya 1st party yang mereka approach ialah agent hartanah yang mempromosikan projek pemaju. Sebab projek pemaju ni selalunya datang dengan rebate/cash back dan pakej tawaran lain. Pendek kata tak keluar banyak modal.

“Dalam iklan agent, antara tawaran pemaju paling popular ialah PERCUMA YURAN GUAMAN.

Marah ejen hartanah tak telus

“Saya memang marah dengan sikap sesetengah Agent Hartanah yang tidak telus dengan Pembeli (potential buyer) ketika Pembeli sudah melawat sales gallery, berkenan untuk membeli dan seterusnya membayar booking fee.

“Bila Pembeli tanya, “Semua free ke, takda bayar apa-apa?”. Mereka akan jawab “Ya, free. Pemaju tanggung”. Mereka tak berkata telus kepada Pembeli bahawa pemaju hanya tanggung Legal Fees SPA, tidak termasuk Legal Fees untuk loan bank.

“Sedangkan ada lagi lebih kurang RM4k++ legal fees loan (jika anggaran nilai pinjaman RM300k+) yang perlu ditanggung sendiri oleh Pembeli. Inilah yang tak masuk sekali dalam pakej tawaran pemaju.

Lepas Pembeli bayar booking fee, tanda tangan surat tawaran bank dan kemudian kes di hantar kepada peguam, baru lah Pembeli tahu bahawa legal fees loan bank perlu di tanggung sendiri oleh Pembeli. Itupun selepas diberitahu oleh peguam.

“Saya banyak kali hadapi situasi ni. Pembeli terkejut, buntu mana nak cari duit.

“Ada yang saya boleh advise untuk apply pengeluaran akaun 2 KWSP. Ada yang kami beri diskaun maximum (untuk bantu) lepas yakin bahawa Pembeli tersebut benar-benar tiada duit! (inilah contoh situasi membeli rumah tanpa kewangan teguh).

“Ada juga pembeli yang memang mampu bayar, tapi tetap rasa tertipu sebab hal ini tak diberitahu oleh Agent sejak awal mereka bayar booking. Tapi ada Agent yang konon pandai nak putar belit, “Saya ada bagitau masa buyer sign booking hari tu Puan. Dia yang tak ingat”.

“Agent-agent yang tak jujur ni, memang saya hentam cukup-cukup. Kau boleh la nak tipu buyer. Kau jangan ingat kau boleh tipu aku. Tahu nak buat sales je. Lepas tu cakap itu marketing strategy. Marketing apa ke benda kalau menipu!

Peringatan dari peguam hartanah kepada pembeli rumah

“Ingat, dalam setiap transaksi pembelian rumah/hartanah, sekiranya kalian mengambil pinjaman bank, akan terdapat DUA jenis yuran guaman; – Yuran guaman Perjanjian Jual Beli (SPA legal fees) – Yuran guaman Perjanjian Pinjaman Bank (LOAN legal fees).

“Jadi, berhati-hati ketika menerima tawaran Agent untuk membeli rumah projek Pemaju. Bila agent cakap, “Free legal SPA fees”, tanya balik, “Legal fees loan bank pun free jugak ke? Kalau tak, dah tu kenapa tak bagitau????”.

“TETAPI tak semua agent macam ini. Ada ramai juga Agent yang jujur. Malah mereka boleh buat calculation legal fees ketika pembeli isi booking form. Bila saya jelaskan tentang legal fees, pembeli respon, “Oh betul la masa booking pun agent saya bagitahu amount lebih kurang ni juga. Duit saya dah ready”.

“Agent yang jujur ni, biasanya mereka habiskan beribu ringgit pergi ke course/ceramah berkaitan hartanah. So, mereka ada ilmu. Mereka tahu peranan Agent yang betul. Agent yang bagus ni saya simpan contact number mereka untuk direkomen pada klien. Mostly Chinese la sebab saya kerja Chinese firm.

“Saya nasihatkan kalian yang berdepan tawaran agent macam ni, kalau mahu benar-benar yakin, sebelum bayar booking, minta pada agent no. telefon pejabat Pemaju, dan call sendiri Pemaju untuk confirmkan betul-betul tawaran mereka. Pemaju ada Sales Department mereka sendiri.

“Sebab saya juga panel peguam pemaju. Dalam meeting project saya sentiasa suarakan perkara ni. Saya pun yakin pihak Agensi memang jelaskan pada agent mereka. Cuma itulah, sesetengah agent punya perangai, jujur belakang kira. Yang penting kejar sales, dapat komisen, kemudian cabut.”

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sumber: