Kedai pajak gadai adalah antara perniagaan yang ‘diserbu’ oleh orang ramai pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei.

Di Petaling Jaya, sebuah kedai pajak gadai menerima kehadiran ramai pelanggan sehingga pelanggan terpaksa beratur panjang sebelum boleh masuk kedai.

Situasi sama juga dapat dilihat di Ipoh.

https://twitter.com/Haziq_Escobar/status/1257161464462241798

Ramai pelanggan mengunjungi kedai pajak gadai bukan sahaja untuk urusan memajak gadai barang kemas.

Malah ada juga pelanggan yang datang untuk menebus semula barang kemas yang tamat tempoh pajakannya semasa penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kami difahamkan kedai pajak gadai memberi jaminan gadaian yang luput dalam tempoh PKP tidak akan dilelongkan terus.

Pelanggan akan diberi tempoh masa untuk datang membuat penebusan atau pembayaran faedah. Jadi pelanggan mempunyai masa untuk menebus barang pajakan mereka pada hari lain jika kedai terlalu ramai orang.

Apa itu pajak gadai?

Kedai pajak gadai menawarkan servis pemberian pinjaman wang tunai ke atas barang gadaian bagi tempoh enam bulan dengan faedah 2% sebulan atau 24% setahun.

Jikalau dicaj selebih daripada jumlah tersebut adalah merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.

Antara barang-barang yang boleh dipajak adalah barangan kemas selain jam tangan berjenama atau pen berjenama. Barangan berharga elektronik contohnya seperti komputer riba atau telefon bimbit tidak boleh dipajak.

Cara pajak gadai

Pemajak gadai dikendaki membawa barangan gadaian tersebut untuk mendapatkan pinjaman. Pemegang pajak gadai haruslah mencacatkan butir-butir transaksi pemajakgadaian dalam buku dena mengelurkan surat pajak gadai.

Contohnya ingin meminjam RM150.00 dengan mengadai seutas cincin emas dengan kadar faedah 2% sebulan dalam tempoh 6 bulan. Jumlah yang dipinjam RM150.00 + faedah 2% (2x6bulan = RM18) = RM168.00

Berapa lamakah tempoh gadaian?

Tempoh gadaian ialah selama enam bulan, tetapi gadaian juga boleh ditebus pada bila-bila masa.

Sekiranya pemajak gadai tidak dapat menebus gadaian sebelum tamat tempoh, mereka boleh memberitahu kepada pemegang pajak gadai untuk melanjutkan tempoh masa tidak kurang daripada tiga bulan.

Setiap butir lanjutan hendaklah dibuat dalam buku pemegang pajak gadai juga dalam surat pajak gadai.

Apa terjadi jika pemajak gadai gagal menebus sebekum tamat tempoh?

Sekiranya pemajak gadai gagal menebus sebelum tamat tempoh, barangan gadaian boleh dilupuskan.

Pinjaman yang kurang daripada RM200.00 akan menjadi milik pemegang pajak gadai secara automatik.

Jikalau pinjamanya melebihi RM200, ia hanya boleh dilupuskan melalui lelongan awam oleh pelelong berlesen. Pemegang pajak gadai juga boleh membuat tawaran untuk membeli barang gadaian tersebut.

Wang lebihan adalah hak mutlak pemajak gadai. Pemegang pajak gadai dikehendaki memberitahu pemajak gadai mengenai jualan itu melalui surat berdaftar dalam tempoh tujuh hari dari had lelongan dan menghantar penyata menunjukan lebihan berkenan.

Jika pemajak gadai tidak menuntut lebihan berkenan dalam tempoh empat bulan, pemegang pajak gadai berkenan dikehendaki membayar wang lebihan tersebut kepada Akauntan Negara (Kerajaan) dalam masa 14 hari. Pemajak gadai masih boleh menuntut lebihan itu daripada Perbendaharaan.

Baca juga artikel kami lain yang berkaitan: