Kerajaan negeri Selangor memberikan penyewa di empat Projek Perumahan Rakyat (PPR) pengecualian bayaran sewa untuk bulan April, serta menangguhkan bayaran sewa bagi bulan Mei dan Jun ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Empat buah projek yang tersenarai itu adalah PPR Kota Damansara, PPR Kampung Baru Hicom, PPR Serendah, dan Council Homes Bandar Baru Bangi.

Menurut Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar negeri, Haniza Mohamed Talha menyatakan keluarga yang mendiami PPR tersebut terdiri daripada golongan B40.

“Semoga keputusan kerajaan negeri ini dapat mengurankan bebanan yang ditanggung oleh semua penyewa,” katanya.

Pengecualian sewa bulan April bagi kesemua 4 PPR tersebut melibatkan kos sebanyak RM562,358 dan penanggguhan bayaran sewa bagi dua bulan iaitu Mei dan Jun berjumlah RM1,124,716.

Keputusan yang dibuat ini hasil aduan yang diterima kerajaan negeri yang memaklumkan terdapat penyewa tidak mampu bayar sewa bulanan atas beberapa punca, antaranya kerana tidak dapat keluar berniaga dan hilang mata pencarian semenjak PKP dilaksanakan.

Dalam masa yang sama, Haniza juga menyeru semua rakyat supaya mematuhi arahan PKP yang sedang dilaksanakan kerajaan ketika ini bagi memastikan penularan wabak COVID-19 di negara kita berjaya dibendung sepenuhnya.

Baca lagi artikel kami yang berkaitan dengan Koronavirus:

Sumber: