Baru-baru ini, tular berkenaan kandungan acrylamide di dalam biskut keluaran syarikat Hup Seng. Biskut Hup Seng Special Cream Crackers dan Oreo Mini antara yang disenaraikan mengandungi carcinogens yang dipanggil sebagai acrylamide. Kajian tersebut dikeluarkan oleh Majlis Pengguna Hong Kong yang didakwa mengesan bahan penyebab kanser tersebut di dalam 60 sampel biskut dan keropok.

Sebenarnya, acrylamide terhasil secara semulajadi dalam beberapa makanan yang telah dimasak atau diproses panas. Sebagai contoh, makanan seperti kentang goreng, pisang goreng, roti, biskut dan produk roti diketahui mengandungi acrylamide.

Maka, persoalan tentang keselamatan makanan kembali berlegar. Adakah benar biksut boleh menyumbang kepada berlakunya kanser? Berikut merupakan fakta berkaitan acrylamide yang dikongsikan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM untuk makluman kita bersama.

Apakah itu acrylamide dan bagaimana ia terhasil?

Kredit gambar: Dangers Alimentaires

Acrylamide adalah sejenis bahan kimia yang terhasil apabila makanan berkanji yang dimasak, digoreng dan dibakar pada suhu yang tinggi dalam tempoh yang lama. Ia boleh terhasil semasa pemprosesan atau penyediaan makanan. Selain itu juga, ia merupakan bahan kimia yang digunakan dalam perindustian tertentu, seperti membuat kertas, pewarna dan plastik.

Acrylamide diketahui menyebabkan kanser pada haiwan. Pada dos tertentu, ia boleh menyebabkan kerosakan pada sistem saraf kedua-dua haiwan dan manusia dan telah terbukti mempengaruhi sistem pembiakan pada haiwan.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, bahan pencemaran tersebut sebenarnya boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses yang bersesuaian.

Risiko kanser sekiranya melebihi kadungan 

Kredit gambar: VOI

Peraturan oleh European Union (EU) Commission Regulation menetapkan paras bagi kandungan acrylamide di dalam makanan. Kajian oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan menunjukkan produk biskut di pasaran tempatan mempunyai purata acrylamide di bawah paras yang ditetapkan.

Purata kandungan acrylamide bagi produk biskut di pasaran tempatan adalah 246 µg/kg (mikrogram per kilogram). Ia berada pada kadar selamat di bawah tanda aras yang ditetapkan oleh Peraturan Suruhanjaya EU iaitu 350 µg/kg.

Bagi manusia, potensi relatif kanser menyebabkan agen dalam makanan tidak diketahui. Pendedahan yang berpanjangan kepada acrylamide telah menyebabkan pelbagai tumor dalam ujian haiwan (tikus dan tikus). Dari kajian menunjukkan pekerja terdedah kepada acrylamide melalui udara dan bersentuhan dengan kulit mereka tidak menemui bukti kanser.

Bagaimanapun, menurut International Agency for Research on Cancer (IARC), acrylamide dan glicidol merupakan bahan karsinogen dan boleh memberi risiko kepada kesihatan manusia.