Pasca pandemik membuatkan kita terpaksa mengubah cara kita bekerja. Antara yang paling terkesan adalah cara kita menyertai sesuatu mesyuarat. Sebelum ini, kita akan menghadiri mesyuarat secara fizikal.

Microsoft Teams dilancarkan pada tahun 2017 di New York. Fokus utama Teams adalah menjadi platform perbincangan di pejabat, persidangan video, penyimpanan data dan juga integrasi antara aplikasi Microsoft. Dua tahun kemudian iaitu pada bulan November 2019, Teams mempunyai 20 juta pengguna aktif.

Apabila pandemik melanda, Teams mencatatkan peningkatan pengguna secara mendadak. Mac 2020 menunjukkan Teams mempunyai 44 juta pengguna, manakala sebulan kemudian seramai 75 juta pengguna beralih menggunakan aplikasi ini. Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella memaklumkan kepada pelabur mereka, Teams kini mempunyai sejumlah 115 juta pengguna aktif pada tahun 2021.

Bagaimanapun jumlah ini masih kecil berbanding pesaing terdekat seperti Zoom yang mempunyai 300 juta pengguna sehari. Google Meet pula dilaporkan mempunyai 100 juta pengguna aktif.

Sumber: