Seorang pelajar University of Melbourne dari Malaysia dan rakannya dari Singapura diserang oleh dua wanita kulit putih Australia ketika dalam perjalanan untuk pergi membeli barang keperluan.

Perjalanan mereka menjadi pengalaman yang menakutkan apabila mereka ternampak dua wanita kulit putih bersebut tiba-tiba mencaci semua orang berketurunan Asia di Elizabeth Street.

Apabila dua wanita berkulit putih Australia itu bertentang mata dengan pelajar Malaysia dan Singapura tersebut, mereka menjerit “coronavirus” berkali-kali kepada mereka berdua.

Pelajar Malaysia dan Singapura itu cuba tidak mengendahkan serangan verbal tersebut dengan terus berjalan. Tetapi serangan tiba-tiba berubah menjadi fizikal apabila salah seorang wanita berkulit putih itu menyerang pelajar Singapura sambil menjerit:

“We’re going to f*cking kill you. Come back here, c*nt.”

Wanita berkulit putih itu turut mengambil onjek keras dan cuba mengejar pelajar Singapura tersebut sebelum membalingnya ke kepala mangsa.

Pelajar Singapura itu berkata:

“Saya terkejut. Lepas dia baling objek keras tersebut ke kepala saya, saya tumbuk dia balik untuk mempertahankan diri.”

Selepas pelajar Singapura itu bertindak mempertahankan diri, penyerangnya bertambah agresif. Dia menarik rambut pelajar Singapura itu dan enggan melepaskannya.

Pelajar Singapura itu turut ditumbu, disepak di bahagian perut dan diheret atas jalan.

Apa yang lebih menyedihkan adalah, seorang lelaki yang lalu dan menyaksikan insiden tersebut, langsung tidak cuba menghentikan serangan tersebut. Malah beliau turut mencuri Air Pods milik pelajar Singapura tersebut.

Rakan pelajar Singapura yang berasal dari Malaysia hanya mampu melihat kerana seorang lagi wanita berkulit putih menghalangnya untuk tampil membantu.

Menurut pelajar Malaysia tersebut:

“Kawannya memegang botol arak. Saya takut kalau saya membalas, botol arak tersebut boleh digunakan oleh dia untuk dijadikan sebagai senjata tajam.”

Insiden keganasan itu hanya terhenti apabila ada seorang lelaki berkulit putih lain mengarahkan penyerang berhenti.

Pihak polis Victoria mengesahkan kejadian tersebut berlaku pada hari Jumaat, 17 April 2020 pada jam 5.30 petang. Kedua-dua mangsa telah membuat laporan polis susulan insiden ini.

Naib Cancelor University of Melbourne Duncan Maskell mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap pelajar beliau. Beliau turut berkata pihak universiti sudah menghulurkan bantuan kepada mangsa.

“Ini serangan yang menjijikkan ke atas pelajar wanita kami.

“Dalam era dunia moden dan masyarakat maju seperti Australia, tiada tempat untuk keganasan seperti ini. Serangan ganas dan tak berhati perut ke atas dua pelajar ini mesti dikutuk oleh komuniti kita.

“Polis sedang menyiasat serangan ini dan saya seru sesiapa yang mempunyai maklumat tentang penyerang untuk menghubungi polis. Mereka mesti ditangkap dan dihukum.”

Polis memberitahu penyerang pertama merupakan wanita berkulit putih berusia 20-an dan berketinggian kira-kira 150cm, kurus dan mempunyai rambut perang paras bahu. Dia memakai baju berwarna gelap dan skirt berwarna cerah.

Rakan penyerang pula memakai jaket merah jambu. Dia juga berumur 20-an, berkulit putih dan mempunyai rambut blonde paras bahu.

Lelaki yang mencuri Air Pods mangsa pula dikenalpasti berkulit putih, bertubuh tegap dan berketinggian 175cm. Dia memakai jaket hitam dan beg sandang berwarna hitam.

Kesemua pesalah masih lagi sedang dikesan.

Baca juga artikel kami lain yang mungkin menarik perhatian anda: