Afif Bahardin, pegawai khas kepada Menteri Industri Utama (MITI), Mohamed Azmin Ali telah membuat satu kenyataan dalam akaun Twitter bahawa terdapat kajian perubatan yang menunjukkan perkhidmatan gunting rambut mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.

Keputusan kerajaan untuk memberi kebenaran kepada kedai gunting rambut beroperasi sepanjang baki tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ternyata telah mendapat respon yang negatif pelbagai pihak termasuk daripada Persatuan Pendandan Rambut Malaysia (MHA) sendiri.

Selain itu, kaji selidik yang dilaksanakan oleh beberapa media dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga menunjukkan lebih 90 peratus rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan keputusan tersebut selagi wabak Covid-19 masih belum berakhir.

Afif yang juga merupakan bekas Exco Kesihatan Pulau PinangĀ  mendakwa, kajian tersebut dilaksanakan oleh The New England Journal of Medicine yang diterbitkan pada tahun 2018.

Bagaimanapun, carian beberapa pihak mendapati, kajian yang bertajuk “, A Cluster-Randomized Trial of Blood-Pressure Reduction in Black Barbershops” itu merupakan program kawalan tekanan darah tinggi dalam kalangan lelaki berkulit hitam.

Seorang Ahli Psikologis Klinikal, Akif Basri menjelaskan kajian tersebut adalah bertujuan untuk melihat sama ada efektif atau tidak sekiranya ahli farmasi membuat kerjasama dengan kedai gunting rambut untuk mempromosikan rawatan perubatan.

The New England Journal of Medicine

“Kaedahnya adalah dengan membahagikan 319 lelaki kulit hitam non-Hispanic berumur 35 hingga 79 tahun dengan tekanan darah sistolik 140mm Hf ke atas kepada dua kumpulan.

“Kumpulan pertama adalah ‘kumpulan intervensi’ di mana penggunting rambut akan membuat promosi susulan dengan ahli farmasi dan uji tekanan darah. Ahli farmasi ini turun sendiri kedai tersebut dan jumpa dengan mereka.

“Kumpulan kedua pula ‘kumpulan kawalan’ dengan penggunting rambut mempromosi perubahan cara hidup dan temujujanji dengan doktor.

“Keputusannya, intervensi rawatan perubatan yang diberi oleh ahli farmasi yang turun kedai tersebut lebih berkesan mengurangkan tekanan darah (bagi mereka yang ada hypertension) berbanding kumpulan satu lagi.”

The New England Journal of Medicine

Jelas di sini kenyataan Afif itu hanyalah untuk tujuan politik. Adalah tidak bertanggungjawab untuk mengelirukan rakyat dengan kenyataan bahawa perkhidmatan kedai gunting rambut boleh mengurangkan tekanan darah tinggi.

Keputusan kajian ini adalah mengenai pertolongan penggunting rambut untuk mempromosi kesihatan sahaja. Yang berkesan adalah ubat dan dan tindakan susulan oleh ahli farmasi, bukan sebab menggunting rambut apatah lagi ketika pandemik Covid-19 masih kritikal pada waktu ini.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Covid-19 dan PKP:

Sumber: