Ketika kita sangka isu artis yang mengundang kecaman netizen berkenaan isu bantuan wabak COVID-19 sudah reda, pelakon Beego pula mencuri tumpuan ramai apabila meluahkan rasa kurang senang dengan menyatakan selama ini mereka tidak mengharapkan peminat untuk meneruskan kelangsungan hidup sebagai selebriti.

Katanya, selama ini peminat tidak membantunya memberikan wang, hanya keluarga dan sahabat yang sentiasa bersamanya.

Beego turut bersedih apabila mendapati terdapat saudara-maranya turut menghentam golongan artis tanpa menjaga hati perasaannya selaku pelakon dalam industri.

‘Jangan Tanya Kenapa Kalau Aku Unfriend’

Mengakui dirinya hanya insan yang lemah, Beego terpaksa ‘unfriend’ saudara-mara yang dimaksudkan.

Dalam status facebook yang lain pula, Beego berkata jika netizen ingin membuang mana-mana artis di Malaysia pastikan mereka buang televisyen dan apa-apa sahaja yang berunsurkan hiburan, malah jangan tonton hiburan luar negara juga.

‘Sembang Melayu’

Suami kepada aktres Linda Hashim itu menyarankan netizen supaya hidup secara tawaduk, istiqamah, dan zuhud tanpa sebarang hiburan yang melalaikan.

Status Terima Kecaman Netizen

Luahan perasaan Beego di Facebook itu pantas mengundang rasa tidak senang netizen yang masih terkesan dengan isu artis yang memperlekehkan netizen IQ rendah dan ibarat lembu dicucuk hidung.

Ketika negara kita sedang berusaha menghentikan penularan wabak COVID-19, perkara paling penting buat kita adalah bersatu padu dan elakkan sebarang konfontrasi yang boleh menyebabkan perpecahan dalam masyarakat.

Sebenarnya, kita hidup saling memerlukan antara satu sama lain, tidak kira sama ada kita artis, ahli sukan, anggota keselamatan, hatta rakyat biasa sekalipun. Bersatu teguh, bercerai roboh.

Baca juga artikel menarik lain yang berkaitan:

Sumber: