Penularan wabak COVID-19, sejenis strain baru coronavirus, telah banyak memberi kesan negatif kepada umat manusia. Wabak penyakit yang bermula di Wuhan, China pada hujung 2019 kini sudah merebak sehingga ke Eropah dan Amerika Utara.

Jumlah kes pula semakin meningkat. Begitu juga dengan angka kematian. Aktiviti seharian orang awam terganggu. Industri pelancongan dan penerbangan terjejas teruk sehinggakan ramai pekerja terpaksa diberhentikan.

Acara-acara sukan dan keramaian juga terjejas teruk sehingga ada yang terpaksa ditunda. Pasaran saham pula menjadi tidak menentu akibat kelembapan ekonomi – sehingga merugikan banyak jutawan di Malaysia.

Kesan negatif penularan wabak COVID-19 ini sememangnya tak terkira. Tetapi sebagai hamba Allah Yang Maha Bijaksana, kita perlu mengetahui hikmah kejadian ini. Dan perlu diingat; Allah adalah sebaik-baik perancang.

Berikut merupakan hikmah penularan wabak COVID-19:

1. Ajar kita supaya jaga kebersihan diri

Embed from Getty Images

Agak menakjubkan apabila manusia memerlukan satu wabak penyakit untuk menyedari kepentingan menjaga kebersihan diri.

Berbanding sebelum wabak ini, kini dah ramai orang yang rajin membasuh tangan dengan sabun dan menjaga kebersihan diri secara amnya. Ini menghindarkan mereka bukan sahaja daripada penyakit COVID-19, malah banyak penyakit lain juga.

2. Kurangnya pencemaran udara

Imej dari NASA Earth Observatory menunjukkan pengurangan kepekatan nitrogen dioksida (NO2) di ruang udara China sejak Januari 2020. NO2 merupakan bahan beracun yang dilepaskan dari kenderaan, kilang dan mesin yang menggunakan bahan bakar fosil.

NASA berkata pengurangan pencemaran NO2 itu berpunca daripada pengurangan aktiviti ekonomi dan perjalanan di China sejak wabak COVID-19 menular.

3. Tempat pelancongan tak sesak

Embed from Getty Images

Jika sebelum ini anda bertangguh-tangguh untuk melancong ke destinasi domestik yang popular kerana malas bersesak-sesak dengan pelancong China, inilah masanya untuk anda membawa keluarga anda bercuti.

Kemungkinan anda untuk berhadapan dengan perangai buruk pelancong dari China boleh dikatakan sifar ketika wabak COVID-19 ini sedang berleluasa. Ini berikutan larangan penerbangan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan China kepada rakyatnya.

4. Banyak diskaun untuk warga tempatan

Embed from Getty Images

Kekurangan pelancong dari China ini turut ada hikmahnya kepada harga produk dan servis pelancongan. Ketika ini banyak hotel dan syarikat penerbangan sedang berlumba-lumba membuat promosi. Malah baru-baru ini kami melaporkan harga durian Musang King juga jatuh mendadak berikutan ketiadaan pelancong China.

5. Tiada kerja rumah untuk pelajar sekolah China

Budak-budak sekolah di China ketika ini tidak dibenarkan untuk keluar rumah – apatah lagi keluar bersekolah – selepas kerajaan China menguatkuasakan undang-undang kuarantin.

Untuk memastikan pelajar sekolah dapat terus belajar, Kementerian Pendidikan China mewajibkan setiap pelajar yang dikuarantin untuk memuat turun aplikasi DingTalk. Aplikasi ini membolehkan guru dapat memantau pelajaran dan kerja sekolah pelajar-pelajar mereka.

Tetapi pelajar sekolah China jumpa satu cara supaya mereka tidak perlu belajar di rumah. Mereka beri rating 1 bintang secara beramai-ramai supaya App Store menurunkan aplikasi tersebut. Rating DingTalk turun dari 4.9 ke 1.4 dalam masa satu malam.

https://twitter.com/mslopatto/status/1236321363498921985

6. Menyedarkan majikan tentang faedah kerja dari rumah

Embed from Getty Images

Sebelum wabak ini menular, ramai majikan buat endah tak endah dengan polisi syarikat tentang cuti sakit, kebersihan tempat kerja dan terutamanya – kelebihan kerja dari rumah (remote work).

Antara faedah kerja dari rumah adalah kos pejabat dapat dikurangkan, melancarkan trafik jalan raya, mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh kereta, meningkatkan kualiti hidup pekerja dan menaikkan produktiviti pekerja.

7. Harga minyak turun

Embed from Getty Images

Baru-baru ini, harga runcit petrol RON97 turun 21 sen kepada RM2.19 seliter dan RON95 turun sebanyak 19 sen kepada RM1.89 seliter. Menurut pakar ekonomi, penurunan harga minyak ini disebabkan oleh permintaan minyak dunia merosot akibat wabak COVID-19. Ini sekaligus membuatkan harga minyak turun sementara.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai wabak COVID-19: