Tebus Ganjaran Kad Starbucks Anda Sebelum 20 Jun Ini

Menurut akaun Facebook dan Twitter rasmi Starbucks Malaysia, syarikat kopi kegemaran rakyat Malaysia itu akan menggunakan program ganjaran kesetiaan baharu tidak lama lagi.

Pengumuman tersebut juga turut dibuat di aplikasi Starbucks MY.

Anda yang masih memiliki ganjaran percuma seperti kopi, donut atau mufin, kek hari jadi serta biji kopi boleh melakukannya mulai sekarang hingga 20 Jun 2021. Selepas tarikh tersebut, sistem ganjaran sedia ada akan ditamatkan dan anda tidak boleh lagi menebus apa-apa ganjaran yang masih berbaki.

Mulai 21 Jun 2021 hingga 30 Jun 2021 pula, tiada sebarang mata ganjaran akan diberikan bagi membolehkan integrasi sistem program ganjaran kesetiaan baharu dilakukan. Berkemungkinan besar, sistem ganjaran baharu ini akan bermula pada 1 Julai 2021. Sama-sama kita nantikan perubahan yang bakal dibawa oleh Starbucks.

Bacaan Seterusnya