Sebuah pesawat yang digunakan untuk bantuan perubatan COVID-19 telah terbakar dan meletup semasa ingin berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) malam tadi.

Kemalangan tersebut meragut 8 nyawa termasuk 3 krew penerbangan, seorang doktor dan jururawat, seorang anggota medik pesawat, seorang warga Amerika dan Kanada.

Menurut laporan awal, pesawat yang mahu berlepas ke Jepun itu digunakan sebagai ambulans udara oleh Jabatan Kesihatan Filipina, dan sebagai aset penting dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan negara itu kemudian mengeluarkan kenyataan yang antara lain menafikan pesawat itu digunakan untuk membawa bekalan perubatan ke lokasi penularan wabak COVID-19 di Filipina.

“Landasan itu ditutup sementara, pasukan penyiasat daripada Lembaga Siasatan Kemalangan Pesawat, Pihak Berkuasa Penerbangan Filipina sedang mengenal pasti punca kejadian,” ujar satu kenyataan rasmi daripada Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila (MIAA).

Sumber: