Lim Chong Hin merupakan seorang pesara guru yang kini beralih kepada perniagaan menjual durian. Uniknya mengenai Chong Hin adalah, walaupun beliau merupakan orang kelainan upaya (OKU), beliau boleh membezakan jenis-jenis durian hanya berdasarkan bau dan rasa sahaja.

Lelaki berusia 80 tahun ini mempunyai masalah penglihatan, di mana matanya sangat kabur dan sukar untuk melihat. Mata kanannya kabur manakala mata kirinya buta.

Menurut Chong Hin, matanya mula rosak selepas mempunyai masalah urat di bahagian mata sejak 12 tahun lepas.

Namun disebalik kekurangan matanya itu, Chong Hin diberi anugerah lain. Beliau boleh mengenal pasti jenis-jenis durian hanya berdasarkan bau dan rasanya.

Chong Hin mendapat bekalan durian dari dusun pajakannya sebelum dibawa oleh pekerja ke rumah warisan keluarganya di Balik Pulau, Pulau Pinang. Menurutnya rumah keluarganya itu sudah bertapak sejak tahun 1851!

Harga durian yang dijualnya berbeza bergantung kepada saiz dan kualiti buah, dari RM3 sebiji hingga RM30 sekilogram.

Baca juga artikel lain yang berkaitan: