Seramai 16 orang pekerja lelaki di sebuah restoran di New Delhi, India terpaksa ditempatkan di pusat kuarantin selepas mereka mempunyai kontak rapat dengan seorang lelaki penghantar pizza yang disahkan positif COVID-19.

Lelaki penghantar pizza yang tidak didedahkan identitinya dikatakan mendapat jangkitan melalui tugasannya di bandaraya tersebut. Dia difahamkan telah membuat kira-kira 72 kali penghantaran ke rumah-rumah di sekitar New Delhi sepanjang 20 hari lalu.

Pegawai kanan majistret daerah Delhi Selatan, B N Mishra berkata kesemua pekerja di restoran pizza itu diarahkan untuk menjalani ujian saringan dan setakat ini tiada pekerja lain yang disahkan positif.

“Lelaki itu sudah menunjukkan gejala bermula 20 Mac sebelum dia disahkan positif. Kami juga telah berhubung dengan ahli keluarganya. Restoran itu akan ditutup buat sementara waktu sehingga proses disenfeksi dilakukan di sana,” katanya seperti yang dilaporkan portal CNN.

Syarikat perkhidmatan penghantaran makanan terbesar di India, Zomato turut mengesahkan beberapa pesanan yang dihantar oleh pekerja yang positif itu telah dibuat menggunakan aplikasi mereka.

https://twitter.com/ZomatoIN/status/1250490786896121856

Bagaimanapun, Zomato memaklumkan mereka tidak dapat mengesahkan sama ada penghantar pizza itu dijangkiti COVID-19 ketika melaksanakan tugasannya.

Setakat semalam, sebanyak 20 kawasan di New Delhi telah diklasifikasikan sebagai zon panas, dimana hanya perkhidmatan penting sahaja diberi kebenaran untuk beroperasi.

Baca juga artikel lain yang berkaitan dengan COVID-19:

Sumber: