Ingat lagi tak beberapa minggu lalu, Nike telah mendapat kritikan kerana menghasilkan kasut yang tidak adil kepada persaingan iaitu Nike Alphafly .

Kasut larian yang membolehkan pemakainya menjadi lebih laju secara melampau kerana teknologinya. Seorang pelari yang memakai kasut ini boleh berlari lebih laju 4%.

Pada Oktober lalu, pelari marathon, Eliud Kipchoge, dengan sensainya mencatatkan rekod larian dalam jarak 26.5 batu pada masa 1:59:40, sebagai bukan rekod rasmi. Kerana acara itu adalah bukan pertandingan marathon kompetitif.

Pelari Kenya itu dibantu oleh beberapa faktor. Seain daripada dibantu oleh pace setter yang bertaraf dunia yang bergilir – gilir menolak momentum, beliau juga menggunakan kasut Alphafly.

Lantas Kesatuan Olahraga Antarabangsa telah mengharamkan kasut tersebut daripada pertandingan di bawah seliaannya.

Namun isu itu masih berbangkit ketika ini. Pengharaman daripada acara larian kompetitif, tidak menghalang Nike untuk memasarkan kasut kontroversi itu di pasaran.

Nike menyatakan mereka masih belum menerima surat pengharaman yang mutlak. Dan masih berbincang dengan Kesatuan Olahraga Dunia.

Nike dalam kenyataan mereka berkata: “Kami berbesar hati menyatakan, siri Nike Zoom Vaporly, dan siri Nike Zoom Alphafly Next% masih lagi sah.”

“Kita akan meneruskan dialog dengan Kesatuan Olahraga Dunia dan juga orang industri ini, untuk piawaian terbaru.”

Peraturan terbaru menyatakan bahawa, kasut yang dibenarkan untuk digunakan bertanding haruslah tersedia kepada umum, 4 bulan sebelum ini dipakai.

Buat masa ini, tiada tarikh rasmi dan juga tanda harga rasmi dikeluarkan. Namun ramai menjangkakan ia akan dijual untuk koleksi musim panas.

Macamana? Sedia tak nak memiliki Nike Alphafly untuk belari 4% lebih laju?