Sewaktu Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat, Xiaomi Corp diletakkan di dalam senarai hitam oleh Jabatan Ketenteraan AS. Menurut perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden, Xiaomi dituduh sebagai salah satu daripada lapan buah syarikat tentera komunis China yang dikhuatiri mengintip kedudukan strategik Amerika.

Kesan terhadap perintah eksekutif itu menyebabkan Xiaomi tidak boleh mendapat sebarang pelaburan oleh syarikat atau individu perseorangan Amerika Syarikat. Ia juga berisiko untuk ditendang keluar daripada NASDAQ, malah pengumuman tersebut menyebabkan sahamnya jatuh 11 peratus. Namun begitu, Xiaomi masih boleh menggunakan perkhidmatan Google melalui sistem operasi Android dan tidak disekat sepenuhnya.

Melalui rayuan syarikat yang dibuat di Mahkamah Columbia, Xiaomi akhirnya berjaya membuktikan syarikat mereka bukanlah seperti yang didakwa oleh pentadbiran Donald Trump dan kembali dinyah senarai daripada senarai hitam tersebut. Penganalisa berpendapat keputusan tersebut adalah tepat memandangkan Xiaomi mempunyai banyak rangkaian dan kontrak perniagaan bersama syarikat Amerika seperti Qualcomm dan tidak harus disamakan seperti Huawei.

Saham Xiaomi di NASQAD meningkat sebanyak 1.44 peratus selepas keputusan mahkamah itu disiarkan media.