Microsoft baru sahaja melancarkan persidangan Build 2021 yang menampilkan produk baharu dan produk yang dikemas kini oleh gergasi teknologi tersebut. Sebagai persidangan yang memfokuskan kepada pembangun perisian, Build 2021 memperlihatkan penekanan syarikat tersebut kepada beberapa produk iaitu Azure, Cloud, Microsoft 365 dan juga Microsoft Teams.

Namun begitu, pemerhati teknologi lebih teruja dengan pengumuman CEO Microsoft, Satya Nadella tentang cakap-cakap mengenai pelancaran Windows serba baharu. Menurut Nadella, beliau sudah beberapa bulan menggunakan Windows generasi baharu versi ujian dan amat teruja, kagum dan berpuas hati terhadap kemas kini yang ditambah oleh pembangun perisian Microsoft.

https://youtu.be/YZ3dVMwZiuE

Windows generasi baharu ini akan dilancarkan tidak lama lagi dengan dilengkapi oleh perisian app store Microsoft sendiri yang sedang dibangunkan. Nadella berharap pembaharuan ini bakal memberikan impak ekonomi yang lebih mampan kepada pembangun perisian bagi kegunaan 1.3 bilion peranti Windows kelak.