Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Perutusan Khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat COVID-19 yang diumumkan hari ini, mengumumkan beberapa insentif tunai untuk membantu rakyat menghadapi cabaran wabak yang kian meruncing.

Dengan slogan “No One Will Be Left Behind“, antara bantuan yang diberikan termasuklah:

  • Elaun Khas kepada doktor, jururawat dan kakitangan lain yang terlibat secara langsung dalam COVID-19. Dari RM400 ke RM600 dari 1 April.
  • Elaun Khas RM200 kepada Tentera, Polis, Rela, Imigresen, Kastam dan lain-lain yang terlibat dalam COVID-19
  • Bantuan Prihatin Nasional – pemberian tunai RM1600 secara one off kepada golongan B40. RM1200 kepada golongan M40. RM800 kepada individu bujang berpendapatan RM2000 ke bawah. RM500 kepada individu bujang yang berpendapatan lebih RM2000 sebulan.
  • BSH akan di bayar pada bulan Julai 2020
  • Pelajar IPT akan terima RM200 secara one-off
  • Peruntukan RM25 juta untuk bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan, dan tempat perlindungan buat warga emas dan kanak-kanak di rumah perlindungan, orang kelainan upaya (OKU), gelandangan, dan orang asal.
  • Golongan B40 yang dimasukkan hospital kerana jangkitan COVID-19 boleh menuntut bayaran penggantian pendapatan RM50 sehari (maksimum 14 hari) melalui mySalam.
  • Kebenaran pengeluaran pra-persaraan dari akaun B Skim Persaraan Swasta (PRS) sehingga RM1,500 tanpa penalti cukai bermula April hingga Disember 2020.
  • Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR dilanjutkan sehingga 6 bulan (April – September 2020).
  • Pengecualian pembayaran sewa selama 6 bulan bagi semua premis milik Kerajaan Persekutuan (kantin sekolah, taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain).
  • Tambahan diskaun TNB secara berperingkat antara 15% hingga 50% dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan bermula April 2020.
  • Internet percuma kepada semua pelanggan telco bermula 1 April 2020 hingga tamat PKP.
  • Dana Khas antara RM100,000 sehingga RM200,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pertubuhan Nelayan Kawasan.
  • Program Subsidi Upah ~ RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh 3 bulan. Khusus buat pekerja berpendapatan bawah RM4000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Januari 2020. Majikan tidak dibenarkan membuang pekerja atau memotong gaji pekerja atau mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji.
  • Bantuan one-off RM500 kepada pemandu e-hailing, RM600 kepada pemandu teksi.

Anda boleh terus menonton pengumumam Pakej Rangsangan Ekonomi terkini oleh Perdana Menteri secara langsung di bawah:

Tidak dinafikan bahawa penularan wabak Covid-19 yang semakin meluas di Malaysia telah menyebabkan rakyat Malaysia mengalami kesusahan dalam kehidupan harian. Wabak ini bukan sahaja telah menjejaskan kesihatan, malah turut menjejaskan perniagaan dan kehidupan sosial semua masyarakat.

Semoga dengan bantuan pakej rangsangan ekonomi yang baru sahaja diumumkan akan dapat membantu kita semua.