Pada tahun 2017, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti sebanyak 402 buah sekolah di seluruh negara mempunyai banyak kes disiplin dan penyalahgunaan dadah.

Selangor menjadi antara negeri yang tertinggi dalam senarai, sebanyak 76 buah sekolah yang masing-masing terbahagi kepada dua kategori iaitu masalah disiplin (kategori 1) dan penyalahgunaan dadah (kategori 3).

Kedua tertinggi adalah Johor dengan 63 buah sekolah (hanya tersenarai dalam kategori 3), diikuti Negeri Sembilan (40 buah sekolah yang lima daripadanya tergolong dalam kategori 3), sementara Pulau Pinang dan Pahang berkongsi tangga keempat dengan bilangan 37 buah sekolah setiap satu.

Daripada 37 buah sekolah di Pulau Pinang, sembilan daripadanya adalah daripada kategori 3 dan Pahang sebanyak tujuh buah sekolah.

Walaupun hanya mempunyai 22 buah sekolah yang tersenarai di Kuala Lumpur, kesemuanya diklasifikasikan mempunyai masalah penyalahgunaan dadah (kategori 3).

Tiada sekolah dari Sabah yang dilaporkan terlibat dalam senarai ini.

Menteri Pelajaran pada ketika itu, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberitahu media bahawa kerajaan akan menggunakan pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS) untuk menangani masalah di sekolah hotspot ini.

Beliau berkata, sekolah-sekolah ini telah dikenal pasti dengan masalah disiplin, penyalahgunaan dadah dan jenayah, serta kadar ketidakhadiran yang tinggi.

Satu jawatan kuasa telah ditubuhkan di peringkat kementerian dengan kerjasama polis, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), NGO dan alumni sekolah sebagai usaha untuk menangani masalah ini.

Di harap masalah ini dapat dibanteras dengan segera kerana pelajar-pelajar inilah sebenarnya yang bakal menjadi tunggak negara satu hari nanti.

Berikut merupakan senarai penuh sekolah-sekolah yang paling banyak mempunyai kes disiplin di Malaysia.

Baca juga artikel lain yang berkaitan: