Terusan Venice yang terkenal dengan air kotor, kini kembali jernih airnya selepas menjadi lengang akibat perintah berkurung yang dikeluarkan oleh kerajaan Itali pada minggu lepas.

Perintah berkurung tersebut dikuatkuasa susulan penularan wabak COVID-19 di negara itu.

Itali – negara Eropah yang paling terjejas teruk oleh wabak COVID-19 – sudah mencatat lebih 30,000 kes positif dan lebih 2,500 kes kematian setakat ini.

Susulan penguatkuasaan perintah berkurung tersebut, seluruh rakyat Itali tidak dibenarkan keluar dari rumah kecuali untuk sebab-sebab penting. Pelancong luar pula tidak dibenarkan masuk.

Ini menyebabkan seluruh kawasan di Itali menjadi lengang, termasuklah kawasan pelancongan seperti Venice.

Venice merupakan salah satu destinasi pelancongan paling ikonik dan terkenal di Itali. Setiap tahun Venice menerima kedatangan 26 hingga 30 juta pelancong – kebanyakannya dari China.

Venice jadi kotor

Kualiti air di Terusan Venice mula menjadi buruk pada awal 90-an. Contoh paling terbaik adalah apa yang berlaku selepas konsert Pink Floyd pada tahun 1989.

Kebanjiran pelancong yang dibawa pula oleh banyak kapal persiaran memburukkan lagi keadaan.

Kapal persiaran besar sebegini dianggarkan melalui Venice 5-6 kali sehari.

Embed from Getty Images

Apabila kapal persiaran ini lalu, ia melepaskan bertan-tan sisa buangan di Terusan Venice. Ini membuatkan air di Terusan Venice menjadi kotor.

Kualiti hidup penduduk tetap Venice juga menjadi teruk sejak kapal-kapal persiaran besar ini dibenarkan lalu di sana. Penduduk Venice dalam gambar di bawah menunjukkan protesnya dengan menulis: ‘Venice bukan Disneyland’.

Embed from Getty Images

Selain masalah pencemaran, kapal persiaran ini turut menyebabkan hakisan tebing lagun di sekitar Venice.

Kerajaan Itali telah mengambil tindakan pertama pada tahun 2017 untuk meminimumkan kerosakan yang disebabkan oleh kapal-kapal persiaran kepada ekologi Venice. Bermula November 2017, kapal persiaran dilarang melalui Terusan Venice menerusi Piazza San Marco.

Pada Ogos 2019, kerajaan Itali bertindak lagi selepas berlakunya insiden sebuah kapal persiaran merodok sebuah jeti sehingga mencederakan lima orang.

Sejak daripada insiden tersebut, jumlah kapal persiaran yang dibenarkan melalui Venice dihadkan. Laluan kebiasaan mereka juga akan ditukar beransur-ansur.

Tetapi ia masih belum menyelesaikan masalah kualiti air Terusan Venice yang teruk.

Air Venice jernih semula

Wabak COVID-19 mungkin akan kekal dalam ingatan ramai orang Itali sebagai salah satu tragedi pandemik paling buruk pernah berlaku di negara mereka di zaman moden.

Tetapi di sebalik berita buruk ini, ia tetap ada hikmahnya – terutamanya kepada alam sekitar.

Di Venice, apabila jalan terusan menjadi lengang tanpa kapal persiaran dan pelancong yang terlalu banyak, air yang dahulunya keruh menjadi jernih. Ikan-ikan yang dahulunya tidak kelihatan, kini sudah boleh dilihat jelas dengan mata kasar.

Malah kelibat angsa putih juga dapat dilihat di Terusan Venice ketika ini.

Bagaimanapun Pejabat Datuk Bandar Venice menafikan kehadiran ikan itu disebabkan oleh peningkatan kualiti air di Terusan Venice.

Menurut laporan CNN, Pejabat Datuk Bandar Venice berkata kehadiran ikan nampak jelas kerana kurangnya trafik dari bot-bot pelancong di terusan tersebut. Ini membuatkan tanah di dasar terusan kekal di bawah dan tidak bercampur aduk dengan air terusan.

Sama ada benar atau tidak yang kualiti air Terusan Venice menjadi bertambah baik selepas berkurangnya pelancong, ia masih belum mampu menidakkan kesan wabak COVID-19 kepada alam sekitar.

Dalam artikel di bawah ini, NASA mendedahkan kualiti udara di China menjadi bertambah baik selepas wabak COVID-19 memaksa kilang-kilang industri di sana dihentikan operasinya.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai kesan wabak COVID-19 di Itali: