“Mungkin RM1,000 tidak dianggap begitu tinggi untuk menakutkan mereka yang terus ingkar kepada PKP.”

“Oleh itu, kita telah bersetuju bahawa polis mulai esok tidak lagi beri tumpuan kepada kompaun, sebaliknya, sesiapa yang ditahan akan direman atau dihadapkan ke mahkamah, dan biarlah mahkamah putuskan hukuman lebih berat.”

Itulah kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai usaha kerajaan dalam PKP fasa ke-3 yang akan bermula esok sehingga 28 April depan.

Ia sebagai langkah tambahan yang lebih keras daripada pihak berkuasa dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat menghapuskan penularan wabak COVID-19.

Walaupun sudah sebulan PKP dilaksanakan, namun masih ramai lagi yang ingkar dengan arahan kerajaan itu. Malah, ramai yang ambil sambil lewa usaha kerajaan untuk memutuskan rangkaian COVID-19 di Malaysia sepenuhnya.

Hari pertama PKP fasa ketiga yang bermula esok akan menyaksikan mereka yang ditahan, akan direman dan seterusnya dihadapkan ke mahkamah.

“Biarlah mahkamah putuskan hukuman lebih berat,” katanya dalam sidang media harian COVID-19 di Putrajaya hari ini. Mengikut Seksyen 24 Akta 342 merek yang ingkar boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan lima tahun penjara untuk kesalahan seterusnya.

“Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP, sehingga 13 April 2020, adalah seramai 9,990 individu dan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan adalah sebanyak 4,036,” katanya lagi.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai impak wabak COVID-19:

Sumber: