Jika status permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) anda gagal kerana ‘pemohon/pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi’, ini bermakna anda perlu memohon Geran Khas PRIHATIN (GKP) pula.

Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 yang boleh pengusaha Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan mohon.

Ia merupakan inisiatif kerajaan bagi meringankan beban kewangan pemilik syarikat yang terjejas pendapatannya akibat wabak COVID-19 dan gagal permohonan BPN.

Siapakah yang layak mohon Geran Khas PRIHATIN (GKP)?

  1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
    mikro seperti berikut:
    • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada
      RM300,000; dan
    • Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;
      dan
  3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
    atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat
    Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan
  4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan
  5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian
    Kewangan Malaysia.

Berapakah nilai Geran Khas PRIHATIN?

Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.

Bagaimanakah memohon Geran Khas PRIHATIN?

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP seperti di pautan di bawah:

(Sila klik) Permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP)

Permohonan secara manual tidak akan diterima.

Bilakah tarikh permohonan Geran Khas PRIHATIN bermula?

Permohonan Geran Khas PRIHATIN dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020.

Bilakah keputusan permohonan boleh diketahui?

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020.

Yang tak berdaftar dengan LHDN boleh mohon?

Jika perniagaan anda berdaftar dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, anda masih layak memohon Geran Khas PRIHATIN.

Apa yang perlu anda lakukan adalah mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon.

Bilakah tarikh pembayaran Geran Khas PRIHATIN akan dibuat?

Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020.

Bagaimanakah kaedah bayaran Geran Khas PRIHATIN dilaksanakan?

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.

Baca juga artikel kami lain yang berkaitan: