Pada tahun 2015, Samsung melancarkan program kitar semula bagi mengumpulkan model-model telefon pintar keluarannya yang terdahulu. Program tersebut dilancarkan bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar akibat pembuangan komponen elektronik secara terbuka. Baru-baru ini, Samsung mengeluarkan laporan program tersebut dengan statistik yang sangat memeranjatkan.

Hanya 0.0019 peratus daripada telefon pintar keluaran Samsung berjaya dikumpulkan kembali untuk dikitar semula. Dari segi jumlah model telefon, Samsung hanya berjaya mengitar semula 38,000 telefon setakat Mei 2019, berbanding 2,000,000,000 buah telefon Samsung Galaxy yang dihasilkannya.

Telefon pintar dihasilkan dengan menggunakan beberapa komponon yang memerlukan kepada penggunaan bahan galian seperti emas, perak dan juga gangsa. Kitar semula bermaksud komponen ini boleh digunakan kembali tanpa perlu penggantungan kepada bahan galian yang akan kehabisan sumbernya. Selain itu juga, kitar semula telefon pintar yang tidak lagi digunakan akan mengurangkan jejak karbon yang memberi impak negatif terhadap alam sekitar.

Sumber: