Berita baik buat para pelajar! Bantuan wang tunai berjumlah RM200 yang diperuntukkan kepada setiap pelajar sepenuh masa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta kini diberikan juga kepada para pelajar tingkatan enam, diploma dan yang setaraf termasuk institusi dibawah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Bantuan one-off ini merupakan salah satu komponen dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membantu rakyat sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, inisiatif itu melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta ringgit dan bakal memanfaatkan hampir 1.5 juta pelajar.

tengku-zafrul
Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz

“Kerajaan berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar IPT dalam tempoh PKP. Semoga mereka terus sabar dan gigih dalam perjalanan menuntut ilmu dan menimba kemahiran,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sejumlah 1.2 juta pelajar daripada 1.5 juta merupakan pelajar sepenuh masa dibawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) termasuklah IPTA, IPTS dan Kolej Komuniti sementara dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia pula melibatkan seramai 100,000 orang pelajar tingkatan 6 dan matrikulasi.

Selain itu, 200,000 pelajar diploma atau setara dengannya termasuk pengajian Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap empat dan ke atas turut mendapat bantuan terbabit.

Baca juga artikel kami lain yang mungkin menarik untuk anda:

Sumber: