PKPB: Polis Kurangkan Sekatan Jalan Raya Mulai Isnin

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan kerajaan akan bermula pada 4 Mei 2020 depan.

Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengurangkan sekatan jalan raya dan akan lebih menumpukan perhatian kepada pematuhan penjarakan sosial sebagaimana yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, beberapa lokasi sekatan jalan raya (SJR) yang dijalankan sepanjang PKP sebelum ini akan diubah ke lokasi-lokasi lain.

Ketua Polis Negara

Pihak polis akan melakukan kawalan dan sekatan di laluan yang menjadi kegiatan penyeludupan membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dan aktiviti penyeludupan lain.

“Selaras dengan arahan terbaru kerajaan ini juga kita (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan meningkatkan kawalan ke laluan utama yang digunakan oleh tekong-tekong (pengendali penyeludupan manusia) untuk membawa masuk PATI.

“Laluan berkenaan akan diperkasakan dengan SJR serta dikawal ketat bagi memastikan tujuan utama kita ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini untuk mengekang penularan wabak COVID-19,” katanya selepas melawat penugasan PDRM dan ATM di SJR Jalan Rawang-Kuala Lumpur.

Pihak polis menurutnya lagi menyambut baik keputusan kerajaan untuk memberi syarikat dibenarkan untuk beroperasi sepenuhnya namun akan terus membuat pemantauan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti-aktiviti industri bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi oleh semua pihak terlibat.

Diharapkan kes penularan wabak COVID-19 dapat dikawal sepenuhnya walaupun kini kerajaan melonggarkan syarat bagi memastikan ekonomi negara dapat berjalan secara berperingkat.

Baca lagi artikel lain yang berkaitan dengan PKPB:

Bacaan Seterusnya