Kami yakin, hari ini boleh dikatakan hampir semua orang lebih berminat bermain game di smartphone berbanding di komputer. Mungkin kerana sifatnya yang mudah dibawa dan boleh dimain di mana-mana, maka tidak hairanlah mengapa permainan mobile begitu semakin mendapat sambutan.

Untuk kali ini, kami senaraikan 5 antara smartphone gaming yang masih relavan dan sesuai untuk permainan mobil yang membuatkan anda tidak perlu risau lagi soal lagging biarpun bermain permainan berat.

Senarai ini merangkumi keseluruhan kriteria bagi sebuah peranti pintar untuk gaming baik dari segi RAM, Processor dan ketahan bateri yang baik.

via: marketphone.com

1. Asus ROG 2

Buat mereka yang mahu capai kepuasan bermain pada tahap maxima, peranti Android Asus ROG 2 ini adalah pilihan terbaik. Asus ROG 2 dilengkapi dengan unit sistem pemprosesan terpantas di dunia, Qualcomm Snapdragon 855 yang pastinya dapat memberikan kepuasan bergaming tanpa henti dan lancar.

Dengan paparan skrin seluas 6.59 full HD, Asus ROG 2 akan memberikan paparan lebih jelas ketika bermain tanpa perlu sakit mata. Lebih menarik, Asus ROG 2 hanya mengambil masa kurang dari 1 jam untuk pengecasan penuh.

Harga sekitar RM3,500. Lihat spesifikasi penuh di sini.

via: orissapost.com

2. Black Shark 2 Pro

Memiliki reka bentuk sempurna untuk sebuah peranti gaming, Black Shark 2 atau Black Shark 2 Pro boleh dijadikan pilihan smartphone gaming anda yang seterusnya. Black Shark 2 dikuasai cip pemprosesan Snapdragon 855 yang mana bakal memberikan anda pengalaman bermain dengan lancar.

Menariknya smartphone keluaran Xiaomi ini menjadi pencabar smartphone gaming lain namun ditawarkan pada harga jauh lebih rendah. Mahukan smartphone gaming dengan spesifikasi hebat pada harga murah? Black Shark 2 adalah jawapannya.

Harga sekitar: RM1,750. Lihat sepesifikasi penuh di sini.

via: digital trends

3. Apple iPhone 11

Walaupun tidak dikategorikan sebagai ‘smartphone gaming’, namun model Apple iPhone 11 ini tetap merupakan peranti terbaik untuk kaki gaming. Kekuatan peranti ini yang mampu memberikan anda pengalaman bermain yang lancar serta paparan cukup jelas.

Buat masa kini, Apple iPhone 11 ini menjadi peranti gaming pilihan majoriti streamer di Malaysia kerana kelancaran bermain dengan paparan jelas meskipun sedang melakukan online streaming.

Harga sekitar RM3,500. Lihat spesifikasi penuh di sini.

via: poketprice

4. Huawei P30 Pro

Anda memerlukan sebuah peranti yang mampu menghasilkan rakaman berkualiti tinggi dalam masa sama boleh digunakan untuk bermain game dengan lancar? Jika begitu, Huawei P30 Pro ini adalah yang amat disyorkan.

Pada pelancaran awal, Huawei P30 Pro ditawarkan pada harga RM4,700.00, namun kini sudah diturunkan harga dan boleh didapatkan sekitar RM2,700 seunit. Bermain game dengan lancar dan hasilkan foto serta video berkualiti tinggi hanya dengan satu peranti sahaja, ini masa terbaik untuk anda memilikinya. Lihat spesifikasi penuh di sini.

via: gamesradar+

5. Vivo V17

Akhir sekali, smartphone dibawah bajet RM1,500 yang masih dikategorikan sebagai smartphone terbaik untuk gaming 2020 adalah Vivo V17.

Vivo V17 dilengkapi dengan RAM sebesar 8GB, cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 675 beserta kapasiti sebesar bateri 4,500 mAh yang mana cukup untuk aktiviti gaming anda. Lihat spesifikasi penuh di sini.