Charles Geschke, pengasas bersama syarikat Adobe Systems dan juga merupakan antara pencipta Portable Document Format (PDF) telah meninggal dunia pada usia 81 tahun. Beliau bersama John Edward Warnock mengasaskan Adobe pada tahun 1982, 32 tahun yang lalu.

Charles memulakan kerjayanya di Xerox, dimana beliau telah mengambil John untuk bekerja bersama-samanya di dalam satu projek penyelidikan mengenai rekaan grafik dan pemprosesan imej. Xerox tidak meyakini kebolehan perisian yang dicipta oleh Charles, lalu beliau meletakkan jawatan di Xerox dan membangunkan Interpress bersama-sama dengan John.

Adobe System Inc yang diberi nama sempena anak sungai yang mengalir di belakang rumah John. Mereka mula membina Adobe daripada garaj kecil di rumah tersebut. Perisian Interpress kemudiannya dinaiktaraf menjadi PostScripts yang kemudiannya menjadi perisian penting bagi percetakan laser.

Kejayaan tersebut mula mencipta nama Adobe. PDF kemudiannya dihasilkan oleh syarikat ini pada tahun 1990. Walaupun bermula dengan perlahan, Adobe berjaya menjadikan PDF sebagai standard format bagi dokumen digital, sehingga kekal penting pada hari ini.

Terima kasih Charles Geschke untuk PDF.

 

Sumber: